Advertisements

Cara Mohon BKM Bujang 2022- Bantuan Tunai RM350-RM600

Advertisements

Cara Mohon BKM Bujang 2022 ini dikongsi adalah untuk memudahkan urusan anda untuk membuat permohonan BKM Bujang .

Cara semakan dan mohon BKM (Bantuan Keluarga Malaysia) bujang kini boleh daftar dan kemaskini secara online.

Dalam perbentangan Bajet 2022 yang lalu, Kementerian Kewangan (MOF) telah mengumumkan bantuan khas untuk orang bujang membabitkan seramai 4.8 juta penerima di Malaysia.

Selain BKM kerajaan juga turut menyediakan bantuan E-Wallet sebanyak RM150 untuk golongan belia.

Apakah BKM Bujang 2022?

BKM adalah Bantuan Keluarga Malaysia yang telah diperuntukkan oleh kerajaan mengikut kategori bantuan yang telah dibentangkan didalam Bajet 2022.

Terdapat tiga kategori bantuan yang telah diperuntukkan oleh kerajaan, antaranya adalah:

  1. Isi Rumah
  2. Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan
  3. Bujang.

Bagi golongan bujang yang berpendapatan di bawah RM2,500 ke bawah, penerima akan dapat RM350.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Manakala, untuk warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan yang berpendapatan di bawah RM5,000 akan dapat RM600.

Baca juga: BKM 2022: Permohonan Baru & Kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia

Berapakah Jumlah Bantuan Keluarga Malaysia Bujang 2022?

Berikut adalah jumlah bantuan MyBKM Bujang :

Cara Permohonan BKM Bujang 2022

Untuk permohonan baharu dan kemaskini BKM 2022, berikut adalah cara permohonan yang mudah :

1. Layari pautan Bantuan Keluarga Malaysia 2022

2. Kemudian klik pada Permohonan Baharu untuk daftar atau tekan Log Masuk BKM jika ingin kemaskini permohonan.

This image has an empty alt attribute; its file name is image-28-1024x436.png

3. Kemudian, klik pada Kemaskini Permohonan.

4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda dan tekan butang Semak.

5. Isi pada setiap maklumat yang bertanda * (mandatori) dan klik butang Teruskan.

6. Seterusnya, isi Kod Captcha dan tekan Sahkan Captcha.

7. Sila tandakan Tick pada butang Perakuan Pemohon.

8. Akhir sekali, tekan butang Hantar untuk teruskan permohonan.

Bilakah Tarikh Pembayaran BKM 2022?

Pembayaran MyBKM 2022 akan dibuat sebanyak 4 kali setahun. Pembayaran ini khas untuk mereka yang tergolongan dalam golongan penerima Isi Rumah.

Bagi yang bujang, berkemungkinan akan dibayar sebanyak 2 kali atau lebih sama seperti pembayaran BPR dan BKC sebelum ini.

Semoga maklumat yang dikongsikan ini dapat membantu golongan bujang untuk membuat permohonan terutamanya bagi golongan bujang yang terjejas akibat bencana banjir.

Baca juga: BKM 2022: Cara Memohon Dan Jumlah Bantuan

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.