Tahukah anda sebenarnya anda boleh mohon cabutan sijil kelahiran anak secara online sahaja sekarang seperti yang diumumkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Malaysia, melalui laman sosial rasmi mereka.
Di semenanjung Malaysia, permohonan untuk mendapatkan salinan daftar kelahiran oleh pemohon yang berkelayakan boleh dibuat dengan bayaran yang ditetapkan.
Bayaran
Bayaran yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Cabutan Daftar Kelahiran – Fi Permohonan : RM 5.00
- Keputusan Carian Daftar Kelahiran – Fi Permohonan : RM 10.00
Kategori Pemohon
Permohonan carian / cabutan daftar kelahiran boleh dibuat oleh kategori individu seperti berikut:
- Pemilik Sijil Kelahiran yang telah memiliki Kad Pengenalan atau Pasport.
- Ibu atau bapa (termasuk ibu atau bapa angkat atau ibu atau bapa tiri) pemilik sijil kelahiran.
- Suami atau isteri yang sah pemilik sijil kelahiran.
- Anak (termasuk anak angkat atau anak tiri) bagi pemilik Sijil Kelahiran.
- Adik-beradik (termasuk adik-beradik angkat atau adik-beradik tiri) pemilik Sijil Kelahiran.
- Penjaga yang sah (disertakan surat kebenaran penjagaan kanak-kanak dari JKM) mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991.
- Firma Guaman (bagi waris kategori 1-6).
- Badan Berkanun.
- Agensi Kerajaan.
Baca juga: Cara Tutup Akaun Astro Online. Tak Perlu Ke Kaunter!
Cara Mohon Cabutan Sijil Kelahiran Anak Secara Online
Bagi yang ingin membuat Permohonan Cabutan Sijil Kelahiran, sila rujuk langkah permohonan yang ditetapkan JPN di bawah:
1. Klik di sini untuk menyemak permohonan cabutan / salinan sijil kelahiran yang diperakui dalam talian. Pengguna hendaklah membaca semua terma dan syarat yang telah disenaraikan.
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
2. Jika setuju dengan terma yang disenaraikan, sila klik pada butang SETUJU untuk meneruskan permohonan.

3. Pengguna perlu memilih kategori permohonan sebagai pemilik atau waris.
4. Waris terdiri daripada:
- Ibu Bapa,
- Adik-beradik atau
- Pasangan
5. Jika pengguna memilih kategori sebagai “Pemilik”, sila lengkapkan borang permohonan tersebut.

6. Manakala jika pengguna memilih kategori permohonan sebagai “Waris”, borang permohonan seperti berikut akan dipaparkan.

7. Berikut adalah paparan bagi permohonan yang berjaya didaftarkan, sila klik butang Cetak Slip Permohonan.

8. Pengguna boleh mencetak slip permohonan untuk dibawa ke kaunter bagi urusan selanjutnya.

9. Jika permohonan gagal didaftarkan, pengguna perlulah hadir ke kaunter yang berdekatan dengan anda.
10. Sila klik butang “OK” untuk kembali ke halaman Terma dan Syarat untuk log keluar.

Maklumat Lanjut
Fahami Manual Pengguna SISTEM CABUTAN/SALINAN SIJIL KELAHIRAN YANG DIPERAKUI DALAM TALIAN atau layari Portal Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara untuk maklumat lanjut.
- Emel: [email protected]
- Facebook: Jabatan Pendaftaran Negara
- 03-8000 8000
- http://www.jpn.gov.my/
Sumber: JPN