Advertisements

Cara Mohon Dan Daftar Program Rumah PPRT Bagi Tahun 2022

Apa Itu PPRT?

Advertisements

PPRT ialah Program Perumahan Rakyat Termiskin yang diwujudkan untuk meningkatkan kualiti kehidupan keluarga miskin dan miskin tegar.

Tujuan PPRT ini diperkenalkan adalah untuk membaik pulih atau membina rumah baru untuk keluarga miskin yang berkelayakan bagi meningkatkan kualiti kehidupan serta mempunyai tempat kediaman yang lebih selesa.

Berikut dikongsikan beberapa info mengenai permohonan Program Rumah PPRT bagi tahun 2022.

Baca juga : Permohonan Bantuan Sihat Selangor 2022 Secara Online

Golongan Layak Menerima Bantuan PPRT

Berikut adalah beberapa golongan yang layaka untuk menerima bantuan PPRT ini :

  • Orang Kurang Upaya – OKU
  • Mangsa bencana alam yang berskala kecil
  • Warga Emas
  • Bapa atau Ibu Tunggal yang mempunyai tanggungan keluarga yang ramai
  • Keutamaan perlaksanaan Program ini adalah kepada daerah dan negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi

Kategori Rumah PPRT 2022

Terdapat 2 kategori dan jenis rumah yang disediakan bagi Program PPRT ini :

1) Baik Pulih Rumah

  • Terdapat 3 elemen penting dalam pembinaan baik pulih rumah seperti :
    1. Penambah baikan
    2. Penyelenggaraan
    3. Requisition
  • Syarat untuk program bantuan baik pulih rumah akan diberikan kepada :
    1. Individu yang mempunyai rumah yang usang.
    2. Mengalami kerosakan disebabkan oleh bencana dan masih boleh untuk di perbaiki.
    3. Mendapat surat kebenaran bagi kes menumpang tapak tanah dari pemilik

2) Bina Baru Rumah

  • Manakala syarat untuk bantuan pembinaan rumah baru pula akan diberikan kepada :
    1. Individu yang tidak mempunyai rumah sendiri.
    2. Rumah yang didiami sekarang terlalu usang atau tidak selamat untuk didiami.

Cara Mohon Bantuan Rumah PPRT 2022

Untuk membuat permohonan Bantuan Rumah PPRT, pemohon perlulah membuat permohonan secara atas talian.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan Bantuan Rumah PPRT 2022 :

  • Lengkapkan maklumat yang diperlukan dengan betul di ruangan yang telah disediakan.
  • Kemudian klik ”Hantar Permohonan”

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Rumah PPRT, sila hubungi di talian rasmi : 03 8000 8000

Baca juga : PRE Negeri Perak 2022: Bantuan Penternak Ruminan & Ayam Kampung

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.