Advertisements

Cara Mohon Dan Semak Status MyKid 2022 Secara Online

Advertisements

Bagi ibu bapa melahirkan anak di tahun 2020 / 2021 dan masih belum mempunyai MYKID kini anda boleh memohon segera di JPN.

Permohonan boleh dibuat secara terus ke kaunter JPN tanpa perlu membuat temu janji.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara permohonan MyKid JPN bagi tahun 2022.

Apakah Itu MyKid

MyKid ialah kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.

Ciri-ciri MyKid sebenarnya sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.

” My ” membawa maksud “Malaysia” manakala ” Kid ” pula adalah singkatan kepada ” Kad Identiti Diri “. Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid ini akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.

Mykid mengandungi 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip iaitu:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Aplikasi JPN (data kelahiran)
  2. Maklumat kesihatan
  3. Maklumat pendidikan

Baca juga : Permohonan Skim Pertama Sejahtera 2022 Anak Kelahiran Terengganu

Kelebihan Mykid

Antara kelebihan Mykid adalah :

  • Dapat mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta
  • Digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital atau klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan, persekolahan dan sebagainya.
  • Bersaiz kecil dan mudah dibawa kemana sahaja.
  • Mempunyai ciri keselamatan untuk mengelak dari disalahgunakan.
  • Berteknologi cip di mana maklumat boleh dibaca pada kad atau di dalam cip. Maklumat dalam cip tersebut juga mudah untuk dikemaskini.
  • Bentuk cantik dan menarik

Cara Mohon MyKid

Permohonan Mykid boleh dibuat oleh semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di bawah 12 tahun.

Berikut adalah cara-cara untuk memohon Mykid :

  • Sijil Kelahiran Malaysia / Borang W (asal)
  • Dokumen Pengenalan diri pemohon (Ibu atau bapa)
    • Salinan IC bapa
    • Salinan IC ibu
  • Salinan asal Sijil Nikah / Sijil Lahir

Cara Semak Status Mykid Secara Online

Untuk membuat semakan status permohonan secara online, sila rujuk pautan berikut:

http://semakan.jpn.gov.my/semak_mykid/

Kadar Bayaran

Setiap pendaftaran Mykid adalah percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Waktu Operasi Kaunter

Untuk membuat permohonan sila ke kaunter JPN atau UTC yang berdekatan :

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan di Portal Jabatan Pendaftaran Negara berikut: https://www.jpn.gov.my/my/

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 
Telefon: 03-8000 8000 

Baca juga: Cara Mohon Cabutan Sijil Kelahiran Anak Secara Online

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.