Advertisements

Cara Mohon Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) RM450 Sebulan

Advertisements

Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) merupakan satu bantuan atau insentif yang diwujudkan bagi golongan OKU yang bekerja.

Ianya merupakan salah satu insentif kerajaan di bawah kementerian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang bertujuan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyrakat yang produktif.

Isi Kandungan: Simpan

Kadar Elaun

Kadar elaun yang diberikan adalah sebanyak RM450 sebulan.

Syarat Kelayakan

Berikut merupakan syarat kelayakan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya:

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Pemegang kad OKU JKM;
  • Pendapatan bulanan RM 1,500 dan ke bawah; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Baca juga: Bantuan Keusahawanan MAINS Golongan Fakir, Miskin & B40

Cara Memohon

Berikut merupakan cara-cara untuk memohon Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)

  1. Setiap pemohon perlu melengkapkan BORANG berikut ;
  2. Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat
    • Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
    • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
    • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
    • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
    • Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
  3. Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
    • Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon
    • Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung dengan pejabat jabatan kebajikan masyarakat di tempat anda atau hubungi nombor di talian 03 – 8000 8000.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.