Advertisements

Cara Mohon i-Suri KWSP 2022- Bantuan Insentif RM480 Bagi Suri Rumah

Apakah Itu i-Suri KWSP?

Advertisements

i-Suri merupakan produk dari KWSP yang telah diperkenalkan selaras dengan Manifesto Kerajaan iaitu untuk mewujudkan caruman KWSP kepada suri rumah.

I-suri juga bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

Terdapat banyak faedah yang mereka akan dapat melalui pendaftaran i-suri KWSP.

Berikut dikongsikan beberapa maklumat mengenai i-Suri 2022.

Baca juga : Pengeluaran Khas KWSP Diawalkan Mulai 18 April

Faedah i-Suri KWSP

Berikut adalah faedah-faedah yang akan dapat apabila mendaftar dengan i-Suri KWSP :

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 /setahun
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Bantuan Kematian sebanyak RM2,500*
  • Bantuan Hilang Upaya sebanyak RM5,000*

 ** tertakluk kepada terma dan syarat KWSP  

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Siapakah Yang Boleh Mencarum

Terdapat dua orang pencarum yang layak iaitu :

  1. Diri sendiri (isteri)
  2. Suami kepada pasangan yang layak

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang perlu dipatuhi :

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2021
  • Belum mencapai umur 55 tahun
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)

Nota : Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya terlebih dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-Suri.

Cara Pendaftaran i-Suri KWSP

Jika anda dapat memenuhi syarat kelayakan yang diberikan serta ingin mendaftar insentif i-Suri KWSP, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP berdekatan.

Sila bawa Mykad serta dua borang seperti berikut. Muat turun borang pendaftaran dibawah :

Jumlah Bantuan Diberikan

Sebanyak RM480 akan diberikan kepada suri rumah yang layak untuk setahun.

Cara Dan Saluran Bayaran

1. Perbankan Internet

Pemindahan wang secara elektronik

  • MBSB Bank*
  • MAYBANK (M2u)
  • RHB Bank*
  • Public Bank
  • Bank Muamalat
  • Alliance Bank*
  • Hong Leong Bank*
  • Bank Islam*
  • Cimb Bank
    *Kemudahan bayaran secara berulang disediakan.

2. Kaunter Ejen Bank

Bayar secara Tunai/cek

  • BSN 
  • Maybank
  • Public Bank
  • RHB Bank
    *Bayaran tunai dan cek tidak diterima. Hanya penggunaan pembayaran melalui Kad Debit dan Pindahan Debit sahaja diterima.

3. Ejen Bank Berdaftar

Ejen Bank (EB) BSN

4. Kaunter KWSP 

Tunai (maksimum RM500) /cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar.

Had Bayaran

Berikut adalah had bayaran minimum dan maksimum jika anda daftar dalam i-suri

  • Minimum (RM sahaja) – Tiada had
  • Maksimum (RM sahaja) – RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)

Maklumat Lanjut

Berkenaan I- Suri

  • Untuk maklumat lanjut berkenaan i-Suri Boleh Layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan (03-89226000)

Berkenaan Kelayakan Insentif i-Suri

  • Untuk maklumat berkenaan kelayakan insentif, sila layari www.kpwkm.gov.my atau hubungi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (03-80008000)

Baca juga : Maklum Polis Jika Balik Kampung, Polis Akan Lakukan Rondaan

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.