Advertisements

Cara Mohon Insuran Bencana Alam Untuk Kenderaan

Advertisements

Ramai yang tidak menyangka akan terjadinya bencana alam lebih-lebih lagi pada negeri yang jarang sekali terkena bencana alam seperti banjir yang melanda negeri Selangor baru-baru ini.

Mungkin biasa untuk negeri Pantai Timur yang sering terkena banjir. Jadi kebanyakan mereka sudah siap sedia akan bencana yang akan melanda.

Bukan sahaja persiapan dari segi perlindungan rumah malah persiapan dari segi pelindungan kenderaan.

Oleh kerana bencana yang tidak terduga ini berlaku, akhirnya banyak barang kesayangan rosak teruk sehingga memakan kos yang tinggi untuk dibaiki seperti kereta.

Ini kerana apabila berlakunya kerosakan besar yang mengakibatkan bencana alam, jika anda tidak mengambil perlindungan insuran bencana alam untuk kereta, maka keseluruhan kerosakan tidak akan ditanggung oleh pihak insuran.

Persoalannya disini, adakah anda sudah mengambil insurans banjir?

Baca juga: Tips Hadapi Banjir (Untuk Diri, Kenderaan Dan Rumah)

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Jika anda memperbaharui roadtax tetapi anda tidak ambil Special Perils Coverage ini bermakna syarikat insurance Malaysia tidak akan melindungi kereta anda jika terlibat dengan bencana alam seperti banjir.

Berbaloinya mengambil Special Perils Coverage yang ditawarkan oleh syarikat insuran ini, ia bukan sahaja dapat melindungi kos kerosakan akibat banjir sahaja, tetapi juga bencana alam seperti tanah runtuh, pokok tumbang jatuh kena kereta anda.

Apakah Itu Special Perils Coverage?

Special Perils Coverage perlindungan insuran akibat bencana alam yang tidak diduga. Tidak kiralah kenderaan anda terkena taufan, banjir atau pokok tumbang walaupun dimana anda berada.

Anda tetap boleh menuntut insuran tentang kerosakan yang dialami akibat bencana alam seperti taufan, banjir, pokok tumbang akibat ribut petir atau tanah runtuh selagi mana anda mengambil insurans tambahan bencana alam ini.

Kadar Insuran Becana Alam Untuk Kereta

Jika anda menggunakan Proton Exora tahun 2012 dengan NCD 0 %. Kadar jumlah insuran yang dapat di lindungi adalah sebanyak RM22,000 dan insurans biasa yang dikenakan adalah sekitar RM881 bagi setiap tahunan.

Tetapi jika anda mahu menambah insuran bencana alam, maka anda perlu menambah lagi RM110 dan menjadikan jumlah tahunan insuran sebanyak RM998.

Dengan tambahan sebanyak itu, kenderaan anda dapat perlindungan yang menyeluruh apabila ditimpa bencana alam seperti banjir atau lebih dikenali sebagai Special Perils Coverage yang merangkumi banjir, tanah runtuh, ribut sehingga pokok jatuh tumbang kena kereta dan juga taufan.

Contoh Harga Insuran Bencana Alam Untuk Kereta

Terdapat beberapa syarikat insuran yang menawarkan insuran bencana alam seperti banjir, taufan, tanah runtuh dan lain-lain. Antaranya adalah:

  • Insurans Alliance
  • Zurich
  • Etiqa Takaful
  • Axa Affin
  • AM by Ambank,
  • RHB Insurance
INSURANCE & MANFAATTAMBAHAN BAYARAN
Insuran Allianz Malaysia (Bencana alam)0.25%
Insuran Etiqa Takaful
(Bencana alam)
0.50%
Insuran Zurich Takaful
(Banjir dan tanah runtuh)
0.20%
Insuran AXA Affin
(Bencana Alam)
0.23%
Insuran AM General
(Banjir, ribut taufan, dan tanah runtuh)
0.23%
Insuran RHB Insurance – Full Cover
(Bencana Alam)
0.25%
Insuran RHB Insurance – Limited Cover
(Bencana Alam)
0.40%

Jika nilai semasa perlindungan kereta anda adalah sejumlah RM50,000 dan anda mengambil insurans Zurich untuk dapatkan Special Perils Coverage,.

Jumlah yang perlu anda tambah hanyalah 0.2 % sahaja iaitu sebanyak RM100 bersama dengan insuran kereta tahunan yang anda langgan.

claim insurance kereta banjir

Baca juga: 5 Tip Buat Tuntutan Insurans Kenderaan Selepas Banjir

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.