Advertisements

Cara Mohon Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia 2022

Advertisements

Untuk maklumat semua, Lembaga Getah Malaysia telah membuka beberapa jawatan kosong untuk permohonan sebagai pegawai, penolong, pembantu dan operater.

Pemohon yang berkelayakan adalah diperlawa untuk mengisi kekosongan jawatan itu.

Bagi yang berminat untuk memohon, sila lihat maklumat iklan jawatan kosong di bawah ini.

Baca juga: Permohonan Jawatan Kosong PTD 2022: 400 Kekosongan Ditawarkan

Jawatan Kosong Di Lembaga Getah Malaysia

Berikut merupakan jawatan kosong yang terdapat di Lembaga Getah (LGM) untuk anda mohon mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan:

  1. Pegawai Teknologi F41
  2. Pegawai Tadbir N41
  3. Pegawai Tadbir (Ekonomi) N41
  4. Pegawai Penyelidik Q41/Q43/Q47/Q51/Q53
  5. Penolong Pegawai Penyelidik Q36
  6. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29
  7. Penolong Jurutera JA29
  8. Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29
  9. Penolong Pegawai Tadbir (Pereka)N29
  10. Penolong Pegawai Tadbir N29
  11. Pembantu Khas/Setiausaha Pejabat N29
  12. Pembantu Kemahiran H19
  13. Pembantu Setiausaha Pejabat N19
  14. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
  15. Pembantu Penyelidik Q19
  16. Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
  17. Operator Loji H11
  18. Pemandu Kenderaan H11
  19. Pembantu Awam H11
  20. Pengawal Keselamatan KP11
  21. Pembantu Operasi N11

Syarat Permohonan

Berikut merupakan syarat umum permohonan bagi jawatan kosong di Lembaga getah Malaysia:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  3. Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  4. Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  5. Berpewatakan menarik

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh permohonan akan ditutup pada 8 Mac 2022.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cara Permohonan

Berikut merupakan langkah-langkah untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Getah Malaysia:

  1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang online di laman rasmi di Lembaga Getah Malaysia .
  2. Pastikan anda mengisi maklumat diri dengan betul.
  3. Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan yang diberikan sebelum menghantar borang permohonan.
  4. Permohonan hendaklah sampai kepada pihak Lembaga Getah sebelum atau pada tarikh tutup.
  5. Sebarang permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diterima.
  6. Sekiranya anda tidak mendapat sebarang maklum balas dalam tempoh 3 – 6 bulan daripada pihak majikan, permohonan boleh dianggap tidak berjaya.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk link di bawah bagi mendapatkan maklumat penuh mengenai jawatan kosong di Lembaga Getah Malaysia.
:https://www.lgm.gov.my/webv2/announcement/38

Baca juga: Iklan Jawatan Kosong Di UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.