Advertisements

Cara Mohon Kad Peduli Sihat Selangor

Advertisements

Kad Peduli Sihat Selangor merupakan kad keahlian kepada penduduk Selangor yang untuk mendapatkan bantuan kesihatan di bawah tanggungan kerajaan negeri Selangor.

Pemegang Kad Peduli Sihat Selangor serta tanggungan, isteri juga anak di bawah 21 tahun layak menerima rawatan di 1,000 klinik berdaftar di Selangor dan Lembah Klang mengikut had gunaan dan kelayakan ditetapkan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai Kad Peduli Sihat Selangor ini.

Kategori Penerima

Kad bantuan ini mempunyai dua (2) kategori penerima:

Kategori A

  • Untuk suami dan / atau isteri beserta anak-anak (di bawah 21 tahun)
  • Pendapatan isi rumah RM3,000.00 ke bawah sebulan

Kelebihan

  • Mendapat isi kad bernilai RM500.00 setahun
  • Had gunaan sehingga RM50 setiap kali rawatan
  • Tiada had untuk jenis rawatan dan perubatan
  • Satu kad perubatan PEDULI SIHAT diberikan untuk satu keluarga di atas nama pemegang akaun utama

Kategori B

  • Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang berkelayakan
  • Pendapatan individu RM1,500.00 ke bawah sebulan

Kelebihan

  • Mendapat isi kad bernilai RM200.00 setahun
  • Had gunaan RM50 setiap kali rawatan
  • Tiada had untuk jenis rawatan dan perubatan
  • Satu kad perubatan PEDULI SIHAT diberikan kepada seorang individu di atas nama pemegang akaun

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  3. Pendapatan seisi rumah RM3000 dan ke bawah bagi pemohon Kategori A (Keluarga)
  4. Pendapatan individu RM1500 dan ke bawah bagi pemohon Kategori B (Individu)

Cara Memohon

Pendaftaran Skim Peduli Sihat boleh dibuat melalui 2 cara :

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

1. Secara Manual

Pendaftaran secara manual boleh dibuat melalui Pejabat Dewan Negeri Selangor atau Penyelaras Dewan Negeri Selangor.

2. Secara Atas Talian

Layari https://pedulisihat.com/pendaftaran.html untuk langkah pendaftaran.

Baca juga: ILTIZAM Catalyst, program Pemantapan Asas Perniagaan PKS

Dokumen Tambahan

  1. Berdaftar sebagai pemohon BSH atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pangkalan data eKasih.
  2. Bukti penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)

Lokasi Klinik Terpilih

Klinik yang berdaftar dengan Peduli Sihat akan mengenakan bayaran yuran konsultasi doktor yang tidak membebankan rakyat selaras dengan yuran ditetapkan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Senarai penuh klinik panel boleh dirujuk di pautan berikut : https://secure.pedulisihat.com/site/providerLocator

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut tentang skim ini boleh diajukan ke talian 03 – 5525 6600 atau e-mel : [email protected].

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.