Advertisements

Cara Mohon Kemasukan Program Kolej Matrikulasi Sesi 2022/2023

Advertisements

Bagi pelajar lepasan SPM yang berminat dan ingin membuat permohonan ke mana-mana Kolej Matrikulasi Malaysia, anda boleh ikuti perkongsian di bawah ini.

Terdapat beberapa Aliran Jurusan Pelajaran yang ditawarkan oleh pihak Kolej Matrikulasi Malaysia, antaranya adalah Jurusan Perakaunan Profesional, Jurusan Kejuruteraan, Jurusan Perakaunan dan juga Jurusan Sains.

Baca juga: Cara Semak Keputusan Rayuan Kemasukan MRSM Sesi 2022/2023

Kelayakan Pemohon

Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam jurusan Perakaunan Professional, Perakaunan, dan Sains, pelajar-pelajar lepasan sekolah berikut layak memohon:

  • Sekolah Kerajaan
  • Sekolah Bantuan Kerajaan
  • Sekolah Swasta
  • Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam jurusan kejuruteraan, pelajar-pelajar lepasan sekolah boleh membuat permohonan:

  • Sekolah Kerajaan
  • Sekolah Bantuan Kerajaan
  • Sekolah Swasta
  • Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
  • Sekolah Teknik

Tarikh Permohonan

Berikut adalah permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM bagi pelajar lepasan SPM 2021:

  • Tarikh Buka: 15 Mac 2022
  • Tarikh tutup: 15 April 2022

Tarikh Buka Permohonan Semula

BAgi yang tidak berjaya anda boleh membuat permohonan semula pada tarikh yang ditetapkan dibawah:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Tarikh Buka Permohonan Semula: Jun 2022
  • Tarikh Tutup Permohonan : Jun 2022

Tarikh-tarikh Penting

Dibawah dikongsikan antara tarikh-tarikh penting semasa permohonan dilakukan:

  • Kemaskini Permohonan / baharu (Jun 2022)
  • Semakan Keputusan Tawaran / Setuju Terima (Julai 2022)
  • Rayuan Pertukaran Jurusan / Kolej (Julai 2022)
  • Keputusan (Julai 2022)
  • Semakan tawaran fasa 2 (Ogos 2022)

Cara Membuat Permohonan

Anda boleh membuat permohonan melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di http://matrikulasi.moe.gov.my

Permohonan adalah PERCUMA dan tiada pembelian pin untuk sebarang permohonan.

Syarat Permohonan

Sebelum anda membuat permohonan, pastikan anda memenuhi kriteria syarat permohonan.

Di bawah merupakan syarat-syarat minimum SPM bagi setiap tawaran jurusan yang ditawarkan.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak melebihi 20 tahun semasa memohon
  • Calon SPM tahun semasa

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh hubungi KPM di No telefon :
 03-8884 4083/4036/4040

Baca juga: Permohonan SBBU 2022: Skim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan


Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.