Advertisements

Cara Mohon Pendaftaran Murid Tahun 1 Persekolahan 2023/2024 Online

Advertisements

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang lahir pada tahun 2016 dan 2017 bolehlah membuat pendaftaran persekolahan Tahun 1 bagi sesi 2023 dan 2024 secara online.

Berikut dikongsikan tentang cara permohonan dan pendaftaran bagi murid Tahun 1 2023 dan 2024.

Segala permohonan boleh dibuat di laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Baca juga: SAPS Ibu Bapa: Cara Semak Keputusan Peperiksaan Sekolah 2022

Tarikh Mohon Pendaftaran Murid Tahun 1 2023/2024

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting permohonan untuk pendaftaran:

  • Tarikh Buka : 1 Mac 2022
  • Tarikh Tutup : 30 April 2022
  • Tarikh Rayuan : 1 Ogos – 31 Ogos 2022
  • Keputusan Rayuan : 1 Oktober 2022

Syarat Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 2023/2024

Berikut merupakan syarat-syarat permohonan murid Tahun 1:

  • Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja.
  • Sesi Persekolahan Tahun 1 2023 : Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017
  • Sesi Persekolahan Tahun 1 2024 : Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018

Dokumen Murid Yang Diperlukan

  1. Buku Rekod Kesihatan murid (tarikh imunisasi/suntikan)
  2. Sijil lahir atau surat beranak murid
  3. Borang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online)
  4. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga murid
  5. Sijil nikah/Sijil Daftar Kahwin
  6. Sijil Cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkenaan)
  7. Bil Utiliti : SYABAS/TNB/ASTRO/TELEFON (Sebagai bukti alamat tempat tinggal)

Cara Daftar Murid Tahun 1 Secara Online

  1. Layari laman sesawang rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM) di pautan ini https://public.moe.gov.my/
  2. Klik Pengguna Baru
  3. Tekan Daftar Pengguna  
  4. Klik Daftar
  5. Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
  6. Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
  7. Klik Permohonan Baharu
  8. Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
  9. Lengkapkan maklumat berikut:
    • Maklumat murid
    • Maklumat kesihatan
    • Maklumat penjaga
  10. Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
  11. Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
  12. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
  13. Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
  14. Status permohonan murid akan dipaparkan.
  15. Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pilihan sekolah yang diingini, anda boleh menghubungi no telefon dan emel pegawai e-daftar mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Semoga Berjaya!

Baca juga: SAPS Ibu Bapa: Cara Semak Keputusan Peperiksaan Sekolah 2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.