Advertisements

Cara Mohon Penyertaan Ithbat Hafazan Al-Quran Negeri Selangor 2022

PERMOHONAN ITHBAT HAFAZAN AL-QURAN NEGERI SELANGOR TAHUN 2022

Advertisements

Untuk makluman, permohonan bagi Program Ithbat Hafazan Al-Quran anjuran negeri Selangor kini dibuka.

Berikut dikongsikan garis panduan permohonan Program Ithbat Hafazan Al-Quran 2022.

Baca juga: Permohonan Biasiswa Baitulmal MAIWP: Pengajian Mesir & Jordan

Syarat Kelayakan Pemohon

Berikut merupakan syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon :

  1. Beragama Islam dan warganegara Malaysia.
  2. Menetap di negeri Selangor melebihi tiga (3) tahun.
  3. Pemohon yang lahir di negeri Selangor tetapi menetap di luar Selangor tidak layak memohon.
  4. Pemohon yang tidak menetap dan hanya belajar di Negeri Selangor juga tidak layak untuk memohon.
  5. Tidak menerima apa-apa elaun Ithbat dari mana-mana Majlis Agama Islam Negeri lain, badan berkanun atau mana-mana meyayasan.
  6.  Memiliki Sijil Khatam Al-Quran / Syahadah yang dikeluarkan oleh Institusi Tahfiz.
  7. Berumur 18 tahun ke atas bagi kategori 1 hingga 10 juzuk dan 1 hingga 20 juzuk pada tarikh tutup penyertaan. Bagi kategori 1 hingga 30 juzuk terbuka kepada semua peringkat umur.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada :

  • Tarikh: 22 Syaaban 1443H / 25 Mac 2022
  • Hari: Jumaat

Walaubagaimanapun, pihak urusetia berhak untuk mengubah tarikh temuduga Ithbat mengikut kesesuaian masa dan keadaan.

Kadar Elaun

Kadar elaun adalah bergantung kepada peruntukan kewangan semasa yang diluluskan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cara Permohonan

Pemohon perlu mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui laman web rasmi JAIS di https://www.jais.gov.my/ atau di Unit Dakwah, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon perlu sertakan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon
  2. Salinan Sijil Khatam Hafazan Al-Quran / Syahadah Hafaz Al-Quran
  3. Borang Pengesahan Pemastautin (wajib kepada semua pemohon)
  4. Salinan penyata akaun bank pemohon yang terkini (akaun Tabung Haji tidak diterima)

Nota: Salinan dokumen di atas perlu disahkan oleh Penghulu Mukim /Nazir Masjid /Pengerusi JKKK / Pengerusi Jawatankuas

Muat Turun Borang Di Sini : https://www.jais.gov.my

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disahkan oleh Ketua Unit Dakwah Daerah, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) pemohon sebelum diserahkan ke Unit Dakwah, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

Pemohon boleh menghantar borang tersebut ke Bahagian Dakwah JAIS di:

  • Tingkat 7 Menara Selatan,
    Bangunan Sultan Idris Shah,
    No. 2, Persiaran Masjid Bukit S.U.K.,
    Seksyen 5, 40676 Shah Alam.
    Selangor Darul Ehsan.
  • Nombor Telefon : 03 5514 3590 / 03 5514 3507

Atau penghantaran borang juga boleh dibuat melalui email. Pastikan borang permohonan anda telah :

  1. Lengkap diisi kesemuanya.
  2. Mendapat sokongan Ketua Unit Dakwah Daerah.
  3. Salinan dokumen yang telah disahkan.
  4. Mengimbas (Scan) semua dokumen yang diperlukan dalam bentuk format ‘.pdf’ .
  5. Hantar dokumen yang telah lengkap diimbas ke email: [email protected]

Nota: Elakkan mengimbas dokumen menggunakan kamera telefon atau sebagainya. Borang yang tidak jelas dan tidak sempurna mungkin menyebabkan permohonan DITOLAK.

Proses Temuduga

  1. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  2. Calon yang lulus tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
  3. Calon yang layak menduduki temuduga akan dihubungi melalui surat / email / panggilan telefon.
  4. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 1 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
  5. Calon hendaklah hadir pada tarikh dan masa ujian yang telah ditetapkan.
  6. Sebarang rayuan dan pertukaran tarikh ujian temuduga tanpa sebarang alasan yang munasabah tidak akan dilayan.

Baca juga: Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 SMA MAIWP & SMISTA 2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.