PERMOHONAN PENGAMBILAN AWAL PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT LELAKI SIRI 195 TAHUN 2022
Tentera Darat Malaysia kini membuka permohonan pengambilan Perajurit Muda Lelaki Siri 195 bagi tahun 2022 secara online.
Kepada yang berminat untuk menyertai Pemilihan Perajurit Muda Tentera Darat 2022 dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, bolehlah membuat permohonan secara online.
Berikut dikongsikan cara mohon Perajurit Muda Tentera Darat 2022 secara online.
Baca juga: Permohonan Geran Kewangan MITRA 2022 Sehingga RM300,000
Tarikh Permohonan Perajurit Muda
Berikut adalah tarikh permohohan TDM yang ditetapkan oleh Angkatan Tentera Malaysia:
- Mula : 17 Januari 2022
- Tamat : 31 Januari 2022
Syarat Kelayakan Perajurit Muda
KELAYAKAN AKADEMIK
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Calon hendaklah memiliki sijil SPM / SPVM dan setaraf. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang memiliki KEPUJIAN:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sains
- Matematik
UMUR
Calon hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada 31 Januari 2022
KELAYAKAN FIZIKAL
- Tinggi:
- Ukuran tinggi minima bagi lelaki : 1.62 m
- Ukuran tinggi minima bagi wanita : 1.57 m
- Berat:
- Berat badan minima lelaki : 47.5 kg
- Berat badan minima wanita : 40.5 kg
- Indeks Jisim Badan (BMI) :
- Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 26.0
KELAYAKAN TAMBAHAN
- Kelebihan mempunyai sijil / kemahiran dalam pelbagai bidang Sains & Teknologi
- Pencapaian sukan peringkat Negeri dan boleh bermain alat muzik / pancaragam
- Kelebihan dalam penguasaan Bahasa Asing
Cara Mohon Pemilihan Perajurit Muda
Untuk membuat permohonan, pemohon digalakkan untuk menggunakan browser chrome atau firefox.
Berikut merupakan cara-cara untuk memohon:
- Pemohon boleh mendaftar dahulu sebagai pengguna kali pertama.
- Masukkan nombor kad pengenalan dan emel yang aktif dengan tepat.
- Buat pengesahan melalui emel yang diterima.
- Log masuk ke bahagian pemohon.
- Masukkan maklumat peribadi pemohon seperti pencapaian SPM/ SVM/ Sijil/ Diploma dan sukan yang diceburi.
- Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran.
Skim Gaji
- SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Gaji Permulaan : RM1,459.00] - SPVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
[Gaji Permulaan : RM1,564.00] - SKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji Permulaan : RM1,630.01] - SKM TAHAP 3 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji Permulaan : RM1,696.02] - DIPLOMA PERUBATAN – Diploma dalam bidang perubatan atau kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji Permulaan : RM1,894.05] - DIPLOMA KEJURUTERAAN – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji Permulaan : RM2,026.07]
Elaun
- Elaun Sara Hidup
- Elaun Khidmat
- Bayaran Insentif Khas
- Elaun Kepakaran
- Elauan Imbuhan Perumahan
- Elaun Perjalanan
Kemudahan
- Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer
- Rawatan Perubatan
- Lembaga Tabung Angkatan Tentera
- Insurans Kelompok Angkatan Tentera
- Peluang melanjutkan pelajaran
- Kemudahan Kediaman

Maklumat lanjut
Sebarang maklumat lanjut sila ke laman rasmi Tentera Darat Malaysia di SINI
Baca juga: KISS 2022: Bantuan RM200 Sebulan Untuk Kaum Ibu