Untuk makluman, Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) adalah sebuah Badan Berkanun Negeri yang ditubuhkan pada tahun 1981 dengan menawarkan pinjaman pengajian kepada anak negeri Kelantan.
Oleh itu, bagi anak Kelantan yang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), UNISZA, dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), anda boleh membuat permohonan pinjaman peringkat Diploma melalui Yayasan Kelantan Darulnaim.
Berikut dikongsikan info lanjut mengenai Permohonan Pinjaman Peringkat Diploma Yayasan Kelantan Darulnaim.
Baca juga: Permohonan Bantuan Awal Pendidikan JPKM 2022
Tempoh Permohonan
Bagi pelajar yang berminat, boleh membuat permohonan mulai:
- 25 Julai 2022 sehingga 1 September 2022
Lokasi Pengajian
Berikut merupakan lokasi pengajian peringkat Diploma di IPT bagi pelajar yang layak untuk memohon:
- Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
- UNISZA
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
Syarat Permohonan
- Warganegra Malaysia peranakan Kelantan
- Telah diterima masuk ke Universiti Tempatan / luar Negeri
- Mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia dalam SPM
- Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan bagi kursus-kursus Ijazah Pertama
- Pelajar-pelajar universiti yang berada di tahun 2,3 dan 4 semasa memohon hanya boleh dipertimbangkan sekiranya mereka memperolehi keputusan CGPA 2.5 ke atas atau yang setaraf dengannya
- Pelajar-pelajar yang sedang dibiayai oleh penaja lain tidak layak memohon
Cara Permohonan
Ikuti cara-cara untuk membuat permohonan seperti berikut:
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
- Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian.
- Sila layari laman sesawang di pautan berikut: http://www.espmb.com/yakin/.
- Isi no Kad Pengenalan di ruang yang disediakan.
- Kemudian, tekan butang “TERIMA SYARAT DAN ISI BORANG”
- Sila isi dan lengkapkan permohonan dengan tepat dan betul.
- Tekan butang “Hantar”.
- Cetak borang permohonan tersebut.
- Borang permohonan dan dokumen sokongan perlu dihantar ke alamat berikut:
- YAYASAN KELANTAN DARULNAIM (YAKIN)
Tingkat 5 , Kompleks YAKIN
Jalan Gajah Mati
15000 Kota Bharu, Kelantan.
- Tel : 09-7483213/7446127
- YAYASAN KELANTAN DARULNAIM (YAKIN)
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau info lanjut mengenai Pinjaman Pengajian Peringkat Diploma Yayasan Kelantan Darulnaim, sila layari laman web https://yakin.kelantan.gov.my/
Baca juga: Permohonan Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran MAIWP 2022