Advertisements

RISDA- Cara Mohon Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) RM20,000

Advertisements

Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) adalah sebuah program yang diwujudkan oleh RISDA untuk menggalakkan Pekebun Kecil melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.

Bagi memantapkan pelaksanaan program ini, RISDA telah merancang dan menetapkan pelan tindakan baru Program Aktiviti Ekonomi Tambahan yang lebih berkesan bagi memperbaiki taraf sosio-ekonomi pekebun kecil.

Pelan tindakan baru ini dirangka bagi mencapai objektif RISDA agar pekebun kecil memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM 4,000.00 sebulan sekeluarga menjelang tahun 2020.

Berikut dikongsikan syarat kelayakan dan cara untuk memohon bantuan Geran RISDA ini.

Baca juga : I-SEED Bantuan Sehingga RM10,000 Khusus Usahawan India Di Selangor

Syarat Kelayakan Permohonan Geran RISDA

Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat yang diberikan seperti :

  • Mestilah seorang Pekebun Kecil
  • Warganegara Malaysia ataupun isteri/suami/anak mengikut Daftar Banci RISDA
  • Keutamaan diberi kepada individu yang berada dalam kumpulan B40
  • Mempunyai minat, berpengetahuan serta berkemahiran dalam bidang yang hendak diceburi.
  • Mempunyai keupayaan dalam melaksanakan projek secara sepenuh masa
  • Bersedia dan sanggup untuk menghadiri sebarang jenis latihan atau kursus samada teknikal / kemahiran / kemantapan diri (sikap) yang ditentukan oleh RISDA sebelum dan semasa melaksanakan projek.
  • Hanya penoreh yang berdaftar dengan RISDA sahaja layak untuk memohon projek Laman Kebun (Bantuan Sara Hidup).

Kadar Bantuan Yang Diberikan

Berikut adalah kadar bantuan yang diberikan oleh RISDA:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Bagi setiap keluarga Pekebun Kecil akan mendapat bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan, had maksimum RM20,000 bagi semua bidang.
  • Bagi penerima AET sebelum Tahun 2016, had maksimum bantuan tambahan adalah RM10,000.

Cara Mohon Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET)

  • Semua permohonan Projek Aktiviti Ekonomi Tambahan perlu diisi menggunakan format Borang Permohonan –DISINI.
  • Borang permohonan ini juga perlu disertakan dengan Kertas Kerja Pelan Perniagaan -DISINI.

Borang Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET)

Berikut adalah borang-borang yang berkaitan dengan AET, muat turun kesemua borang-borang tersebut :

  1. Borang Setuju Terima Program AET
  2. Surat Akuan AET
  3. Surat Status Permohonan AET
  4. Borang Permohonan Bantuan AET
  5. Format Kertas Kerja Projek AET

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi Pejabat RISDA di talian 03-42564022.

Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat yang diberikan, anda boleh terus membuat permohonan di mana-mana Pejabat RISDA yang berdekatan.

Baca juga :Permohonan Skim Bantuan Yayasan RISDA Tahun 2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.