Advertisements

Cara Mohon Program Bantuan Infrastuktur Sekolah Negeri Selangor 2022

Advertisements

KERAJAAN NEGERI SELANGOR MENAWARKAN BAIK PULIH / MEMBINA INFRASTRUKTUR SEKOLAH

Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) Kerajaan Negeri Selangor telah menawarkan satu Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor.

Tujuan program ini diwujudkan adalah untuk membaik pulih kerosakan atau membina infrastruktur sekolah kerajaan dan swasta di dalam Negeri Selangor.

Ini adalah untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran diantara guru dan murid berjalan dengan baik dan selesa.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini untuk makluman bersama.

Baca juga: Permohonan Bantuan Program BUDI Pendidikan Pelajar MRSM B40

Tarikh Permohonan

Permohonan boleh dibuat bermula pada tarikh 1 Mac 2022 hinga 31 Mac 2022.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Sekolah Layak Memohon

Berikut merupakan kategori sekolah-sekolah yang layak untuk memohon program bantuan ini:

  1. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
  2. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
  3. Sekolah Mubaligh
  4. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) / Sekolah Menengah Persendirian
  5. Maahad Integrasi Tahfiz Sains
  6. Sekolah Agama Rakyat (SAR) / Sekolah Rendah Agama Integrasi

Tujuan Permohonan Bantuan

Tujuan bantuan ini dipohon mestilah di atas sebab-sebab membaik pulih atau membina infrastruktur sekolah seperti:

  • Kantin
  • Surau
  • Kelas
  • Tandas
  • Bumbung Bocor
  • Dinding
  • Susur Gajah
  • Pagar Sekolah
  • Pintu Kelas, Tandas
  • Gelanggang Bola Keranjang
  • Bilik Guru
  • Perpustakaan
  • Longkang/Perparitan
  • Makmal Sains
  • Makmal Komputer
  • Bangunan Sekolah
  • Bangunan Asrama
  • Mengecat Bangunan Sekolah
  • Kerusi/Meja
  • Saluran Paip Air
  • Pendawaian Elektrik
  • Tingkap
  • Lain-lain

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat oleh Pihak Sekolah / Lembaga Pengelola Sekolah / Persatuan Ibu Bapa dan juga Guru (PIBG) sekolah.

Berikut merupakan cara-cara untuk memohon bantuan ini:

  • Layari laman rasmi SSIPR di pautan dibawah ini:
    https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/register.
  • Klik ‘Daftar Akaun
  • Kemudian isi maklumat yang diperlukan.
  • Dan akhir sekali klik butang ‘Daftar‘.
  • Selesai daftar klik ‘Log Masuk’
  • Kemudian isikan no kad pengenalan dan kata laluan yang di daftar.
  • Buat permohonan dengan mengisi maklumat yang diperlukan.
  • Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi SSIPR di SINI

Baca juga: Skim Bantuan Tadika Selangor RM50 Sebulan Bagi Pendaftaran 2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.