Advertisements

Cara Mohon RM150 Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2022

Advertisements

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) merupakan salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh kerajaan bagi meringankan kewangan keluarga yang berpendapatan rendah pada awal sesi persekolahan setiap tahun.

Inisiatif bantuan persekolah BAP ini merupakan antara bantuan yang akan diteruskan tahun ini bertujuan untuk mengurangkan beban yang ditanggung ibu bapa/ penjaga yang tergolongan dalam kategori B40.

Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000 dan ke bawah.

SYARAT KELAYAKAN

Pelajar yang layak mendapat bantuan awal persekolahan hendaklah memenuhi kriteria seperti berikut:

  1. Pelajar warganegara Malaysia.
  2. Pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5.
  3. Berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR  sebanyak RM3,000 dan ke bawah pada tahun semasa.
  4. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. 
  5. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan.
  6. Pelajar yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa) sahaja.

Baca juga: Cara Mohon Skim Bantuan Kebajikan Masyarakat (JKM)

JUMLAH BAYARAN

Setiap pelajar yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150 secara sekaligus (one-off).

KAEDAH PENYALURAN

Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK

CARA MOHON BANTUAN

  • Kelayakan permohonan akan diputuskan oleh pihak sekolah.
  • Ibu bapa / penjaga yang layak perlu mengisi borang-borang permohonan iaitu borang PB-1 dan borang PB-2 (jika perlu).
  • Kemudian hantarkan borang yang diisi lengkap bersama dengan dokumen-dokumen sokongan kepada pihak sekolah.

MUAT TURUN BORANG BAP

Anda boleh muat turun borang-borang permohonan bantuan KPM BAP 2022 di pautan berikut:

NOTA: Bagi ibu bapa/penjaga yang mengisi borang PB-2 sebagai akuan pendapatan perlulah mendapat cop rasmi daripada ketua kampung atau mana-mana pegawai.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk memohon bantuan ini:

1. Borang PB-1 (telah lengkap)

2. Borang PB-2 (jika tiada penyata pendapatan)

3. Salinan sijil lahir pelajar

4. Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa/ Penjaga

5. Salinan slip gaji/ penyata pendapatan/ Borang Pengesahan Pendapatan-Borang PB-2

5. Salinan Kad OKU (jika berkenaan)

6. Sijil kematian ibu/ bapa (jika berkenaan)

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang BAP, sila layari laman portal Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan ini https://www.moe.gov.my/en/bantuan-pembelajaran-menu/bantuan-awal-persekolahan-bap

Baca juga: Bantuan Kewangan SME Corp Usahawan PKS Mikro Terjejas Banjir

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements