Advertisements

Cara Mohon RM500 Pingat Jasa Pahlawan Negara 2022

PINGAT JASA PAHLAWAN NEGARA

Advertisements

Pingat Jasa Pahlawan Negara dianugerahkan kepada petugas-petugas Polis dan Polis Diraja Malaysia bagi menghargai jasa kepahlawanan, pengorbanan dan kebaktian kepada negara.

Jasa pengorbanan seorang Pahlawan Negara itu sukar untuk dibalas walaupun dengan segunung intan. Tanpa mereka siapalah kita untuk mengecapi kemerdekaan dan keharmonian negara.

Juteru itu, bagi mengenang jasa Pesara dan Bekas Polis Diraja Malaysia yang memenuhi syarat-syarat kelayakan dan masih belum menerima penganugerahan pingat ini dijemput mendaftar dan membuat permohonan secara online di pautan epesara.rmp.gov.my/

TARIKH MOHON

  • Sebelum 30 Januari 2022

PERHATIAN: Bagi pesara polis, bekas anggota polis dan anggota polis era darurat sila kemaskini alamat kediaman dan muat naik dokumen sokongan tuntuntan di dalam sistem ePesara PDRM sebelum tamat tempoh mohon.

CARA MOHON

Berikut adalah langkah-langkah permohonan Pingat Jasa Pahlawan Negara bagi kategori Pesara dan Bekas Polis:

  1. Daftar sebagai pengguna Sistem ePesara PDRM;
  2. Layari Sistem ePesara PDRM dengan membuat permohonan dalam talian;
  3. Memuat naik dokumen yang diperlukan;
  4. Semak status permohonan melalui inbox status Sistem ePesara PDRM;
  5. Semak jemputan penerimaan Pingat Jasa Pahlawan Negara melalui inbox status Sistem ePesara PDRM;
  6. Pengesahan jemputan menghadiri istiadat Pingat Jasa Pahlawan Negara melalui inbox status Sistem ePesara PDRM;

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) dikurniakan kepada Pesara dan Bekas Polis yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Semasa Era Darurat dalam perkhidmatan Persekutuan Tanah Melayu bagi tempoh 12 Julai 1948 hingga 31 Julai 1960;
  • Era Insurgensi Komunis pada 17 Jun 1968 hingga 2 Disember 1989 di Malaysia;
  • Sabah dan Sarawak pada 1962 hingga 17 Oktober 1990 yang dikenali sebagai Perkhidmatan Semasa Darurat.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

MAKLUMAT LANJUT

Untuk keterangan lanjut tentang bantuan, sila hubungi balai polis atau ibu pejabat polis daerah berdekatan untuk mengemaskini pendaftaran dan sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis Bukit Aman di talian hotline 03-22668387.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.