Advertisements

Cara Mohon Rumah Mampu Milik Terengganu RMR Rahman 2022

Advertisements

ePerumahan Terengganu adalah sebuah Sistem Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu yang mengendalikan Skim Pinjaman Perumahan Negeri Terengganu.

Bagi golongan yang berpendapatan rendah atau isi rumah kategori B40, Rumah Mampu Milik Terengganu (RMMT) adalah antara inisiatif kerajaan negeri bagi membantu rakyat dengan menyediakan rumah yang mampu dimiliki oleh rakyat di Terengganu.

Menerusi insiatif bantuan perumahan ini, terdapat 3 jenis Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu iaitu Rumah Mampu Milik, RMM Jenis A (Awam dan Penswastaan) dan RMM jenis B, dan Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Manakala 2 jenis Skim Pembiayaan Perumahan Terengganu (i-Rahman) ditawarkan iaitu Bina Rumah Atas Tanah Sendiri (RMR Rahman) dan Beli Rumah Penswastaan (RMM Jenis A Penswastaan).

Di bawah ini kami kongsikan dengan lebih lanjut cara dan syarat permohonan tentang RMMT bagi rakyat Terengganu yang berminat untuk membeli atau membina rumah di Terengganu.

Baca juga: Cara Dapatkan Promosi Starbucks Balik Kampung Serendah RM9.80

Tempoh Permohonan RMR i-Rahman

Permohonan RMR i-Rahman telah dibuka mulai:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Syarat Permohonan RMMT Mengikut Kategori Rumah

Berikut adalah syarat terperinci mengikut kategori jenis A, B dan i-Rahman.

S YARAT KELAYAKAN RMM JENIS A

  • Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
  • 21 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).
  • Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500.
  • Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
  • Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) sebagaimana berikut:
    • Pendapatan minimum RM 1,500 hingga pendapatan maksimum RM 4,000 bagi perumahan awam dan
    • Pendapatan minimum RM 2,000 hingga pendapatan maksimum RM 4,500 bagi perumahan swasta.
    • Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon
  • Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.
  • Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

SYARAT KELAYAKAN RMM JENIS B

  • Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
  • 21 tahun keatas
  • Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500.
  • Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
  • Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 7,000 sebulan.
  • Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500 sebulan.
  • Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

SYARAT KELAYAKAN RMR i-RAHMAN

  • Pemohon berumur 21 Tahun ke atas. Bagi pemohon melebihi umur 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga (isteri/adik-beradik/ibubapa/anak-anak);
  • Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berumur 35 tahun ke atas layak dipertimbangkan;
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri;
  • Pendapatan isi rumah bagi pemohon adalah bermula RM2,000.00 sehingga RM4,500.00
  • Penerima tawaran membeli RMM (Penswastaan) yang tidak berjaya memperolehi pinjaman daripada pihak bank (2 bank); perlu disertakan surat penolakan daripada bank tersebut
  • Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu;
  • Permohonan bina rumah di atas tanah sendiri perlu mempunyai keluasan minima (50′ lebar x 72′ panjang) = 3600 kps; dan
  • Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadai/bebanan ke atasnya.

Kadar Pembiayaan & Subsidi

KADAR PEMBIAYAAN PEMBINAAN RUMAH

Sebanyak RM20,000 bagi setiap unit rumah RMR i-RAHMAN yang dibina akan mendapat subsidi daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Kos yang akan ditanggung oleh pemohon adalah berjumlah RM55,000 dengan bayaran balik bulanan RM286.00 sebulan selama 15 tahun.

KADAR PEMBIAYAAN PEMBELIAN RUMAH

Dengan harga maksima rumah sebanyak RM80,000 sahaja akan ditawarkan di bawah skim.

Manakala tempoh pembiayaan selama 25 tahun dan ansuran bulan pula sebanyak RM266.70.

Cara Permohonan RMMT

Sejak tahun 2014 lagi kesemua permohonan adalah secara atas talian melalui Portal ePerumahan Terengganu untuk memudahkan rakyat tanpa perlu hadir ke pejabat.

Sebarang permohonan online dan syarat-syarat lanjut boleh disemak melalui pautan berikut:

https://eperumahan.terengganu.gov.my

Sila rujuk cara-cara di bawah untuk membuat permohonan:

  • Daftar sebagai pengguna di https://eperumahan.terengganu.gov.my/
  • Log masuk ke akaun anda
  • Pilih Kategori Rumah berdasarkan kelayakan anda.
  • Kemaskini dan isi maklumat pemohon.
  • Pilih projek bagi kategori beli rumah (sekiranya ada iklan).
  • Hantar permohonan beserta dokumen lengkap.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut sila ke ibu pejabat

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU
(BAHAGIAN PERUMAHAN)

TINGKAT BAWAH NO.28,
PUSAT NIAGA PAYA KELADI,
20000 KUALA TERENGGANU

Baca juga: Cara Mohon Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP) 2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.