Advertisements

Cara Mohon Salinan Geran Kenderaan yang Hilang Atau Rosak

Advertisements

Geran kenderaan adalah dokumen paling penting semasa proses memperbaharui insuran dan roadtax kenderaan, claim insuran kenderaan, proses jual beli tukar hak milik kenderaan dan sebagainya.

Disini kami ingin kongsikan kepada anda beberapa cara untuk dapatkan kembali geran kenderaan anda yang hilang atau rosak.

Baca juga: Cara Tukar Nama Geran Motor Dan Kereta 2021

1. Dapatkan Salinan Geran Kenderaan Di Kaunter JPJ

Untuk mendapatkan salinan geran kenderaan anda yang hilang dan rosak, anda boleh terus ke kaunter cawangan JPJ yang berdekatan dengan membawa dokumen-dokumen penting seperti dibawah ini:

  • Satu Borang Senarai Semak Salinan Geran
  • Dua salinan Borang JPJ K7 yang telah diisi lengkap.
  • Identiti Pengenalan diri asal untuk semakan.
  • Surat Kebenaran dari institusi kewangan sekiranya mempunyai tuntutan hak milik kurang dari 2 tahun (motosikal sahaja)
  • Fi yang telah ditetapkan.

Sekiranya anda adalah waris atau wakil pemilik kenderaan, terdapat beberapa dokumen tambahan yang perlu dibawa bersama apabila hadir ke kaunter JPJ antaranya adalah:

  • Satu Borang Senarai Semak Salinan Geran.
  • Dua Borang JPJ K7 yang telah diisi lengkap.
  • Salinan Identiti Pengenalan Diri pemilik berdaftar kenderaan.
  • Salinan Identiti Pengenalan Diri waris.
  • Dokumen sokongan sebagai bukti sebab pemilik berdaftar kenderaan tidak dapat hadir sendiri untuk pertimbangan Pengarah Negeri atau pegawai yang Diberi Kuasa.
  • Dokumen sokongan sebagai bukti perhubungan dengan pemilik berdaftar kenderaan.
  • Jika pemilik berdaftar kenderaan telah meninggal dunia, borang JPJK7 hendaklah ditandatangani oleh waris yang telah ditetapkan oleh Mahkamah atau Pesaka Kecil/Executor/Executrix/Administrator yang telah ditetapkan oleh Mahkamah dalam Surat Pentadbiran (Grant of Letter Administration) atau Surat Probate (Grant of Probate)/Amanah Raya.
  • Surat kebenaran dari institusi kewangan sekiranya kenderaan mempunyai tuntutan hak milik kurang dari 2 tahun (motosikal sahaja).
  • Fi yang telah ditetapkan.

2. Dapatkan Geran Kenderaan Di Kiosk JPJ

Antara langkah-langkah untuk memohon salinan geran di Kiosk JPJ adalah:

  • Masukkan kad pengenalan untuk pengesahan
  • Lakukan imbasan cap jari kanan
  • Pilih Sijil Pemilikan Kenderaan daripada menu
  • Masukkan kad debit dan no PIN
  • Bayaran sebanyak RM50 (untuk geran kereta original) bagi transaksi yang berjaya akan dikenakan

3. Dapatkan Salinan Geran Kenderaan Di Bank

Selain itu jika pinjaman kenderaan masih belum habis di bayar, anda dapatkan salinan geran kenderaan di cawangan bank yang anda berurusan semasa jual beli kenderaan anda.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Berikut adalah langkah-langkah sesama memohon geran di cawangan bank:

  1. Hadir ke cawangan tempat anda tandantangan dokumen perjanjian pinjaman kenderaan
  2. Isi borang yang diperlukan dan ambil nombor giliran
  3. Setelah nombor dipanggil, datang ke kaunter dan serahkan dokumen penting seperti kad pengenalan kepada pegawai bank yang bertugas
  4. Setelah pengesahan melalui cap jari dibuat, pegawai tersebut akan memberikan anda salinan geran kenderaan

Baca juga: Cara Mudah Bayar Pinjaman PTPTN Guna Akaun Dua KWSP 2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.