Advertisements

YPJ- Cara Mohon Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT 2022 Negeri Johor

Advertisements

PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN SESI 2/2022 KINI DIBUKA

Untuk makluman, Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) telah dibuka bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian.

Skim Bantuan Pendaftaran ini hanya ditawarkan kepada anak kelahiran negeri Johor di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan IPTS (Kolej YPJ) sahaja.

Oleh itu bagi yang berminat untuk mendaftar Skim Bantuan Pendaftaran bolehlah membuat permohonan pada 28 Ogos sehingga 25 September 2022.

Baca juga : Bantuan Tambahan RM100 Dana Didik Johor

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang akan diterima oleh pemohon Skim Bantuan Pendaftaran Negeri Johor adalah seperti berikut:

  • Diploma: RM500
  • Ijazah Sarjana Muda: RM1,000

Syarat Am Pemohon

Berikut adalah syarat am permohonan yang ditetapkan oleh YPJ.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Pemohon lahir dan menetap di Negeri Johor.
  • Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan Kolej YPJ.
  • Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi.
  • Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih.
  • Pendapatan ibu dan bapa/Penjaga tidak melebihi RM 4,000.00 sebulan dan RM 4,001 hingga RM 5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas.
  • Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian.
  • Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain.
  • Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan Pengurus Besar YPJ.

Cara Memohon

Permohonan perlu diisi secara atas talian (online) pada tarikh 28 Ogos 2022, jam 10 pagi di laman web YPJ.

Ikuti langkah-langkah permohonan skim bantuan seperti berikut:

  • Layari laman web http://prolims.ypj.gov.my/.
  • Tekan butang ‘Permohonan Pra Pendaftaran.’
  • Isi maklumat yang diperlukan dan tekan butang ‘Daftar Pra Permohonan.’
  • Log masuk dengan menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan.
  • Isi permohonan sehingga selesai.
  • Muat turun slip pengesahan permohonan tersebut.

Cara Hantar Dokumen Permohonan Dan Sokongan

1) KAEDAH SERAHAN TANGAN DI KAUNTER YPJ

  • Susun dokumen permohonan mengikut turutan “dokumen wajib”
  • Semakan awal di kaunter sama ada dokumen lengkap atau tidak. Jika tidak lengkap, set dokumen dipulangkan.

2) KAEDAH POS

  • Susun dokumen permohonan mengikut turutan “dokumen wajib”
  • Masukkan kesemua dokumen sokongan ke dalam sampul surat berwarna coklat bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.
  • Tuliskan jenis permohonan di penjuru kanan atas jenis permohonan yang di pohon, sama ada “Pinjaman Pelajaran” Atau “Bantuan Pendaftaran (SBP)”.
  • Dokumen yang telah dimasukkan ke dalam sampul surat tersebut, boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai “tracking number”.
  • Semakan dalam sistem “tracking” sama ada dokumen telah diterima dalam tempoh 7 hari.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen wajib yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Slip pengesahan permohonan “Skim Bantuan Pendaftaran.”
  • Salinan kad pengenalan pelajar.
  • Salinan kad pengenalan ibu dan bapa atau penjaga.
  • Salinan penyata pendapatan ibu dan bapa/penjaga (slip gaji/penyata pendapatan/penyata pencen).
  • Salinan surat tawaran kemasukan ke IPTA.
  • Salinan sijil kematian/penceraian (jika berkaitan).
  • Salinan akaun bank pemohon sahaja (salinan resit pembayaran tidak diterima).
  • Salinan resit pembayaran yuran (bagi yang telah mendaftar).

Nota: Kesemua dokumen sokongan perlu disahkan oleh pegawai profesional/Kategori A/Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi JKKK/yang setaraf dengannya.

Info Lanjut

Untuk mengetahu info lanjut mengenai Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT 2022, sila layari laman web YPJ di http://portal.ypj.gov.my/.

Baca juga : Bantuan Tambahan RM100 Dana Didik Johor

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.