Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.
Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State).
Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial.
Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.
Baca juga: Cara Mohon Bantuan Baik Pulih & Bina Rumah Kasih Keluarga Malaysia

KELAYAKAN MEMOHON SKIM BANTUAN KEBAJIKAN
Terdapat beberapa jenis skim bantuan kebajian yang akan diberikan kepada pemohon mengikut ketegori kelayakan iaitu:
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
1.Bantuan Kanak-Kanak (BKK);
2.Elaun Pekerja Cacat (EPC);
3.Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB);
4.Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
5.Bantuan Orang Tua (BOT);
6.Bantuan Am Persekutuan (BA);
7.Bantuan Anak Pelihara (BAP);
8.Bantuan Latihan Perantis (BLP);
9.Bantuan Geran Pelancaran (GP);
10.Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
11.Tabung Bantuan Segera (TBS).

Baca juga: MyDaftar OKU JKM: Pendaftaran OKU Secara Online
CARA PERMOHONAN ONLINE BANTUAN BULANAN JKM 2022
- Layari laman web eBantuanJKM di SINI
- Daftar permohonan mengikut negeri
- Isikan nombor kad pengenalan
- Isikan borang berkaitan
- Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
- Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
- Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
PERHATIAN: Sistem akan dibatalkan secara automatik sekiranya pemohon gagal hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.
SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
- Salinan Kad Pengenalan pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan pasangan dan ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan penyata gaji (jika ada);
- Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)
BORANG PERMOHONAN BANTUAN JKM
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Berikut adalah cara membuat semakan status permohonan bantuan JKM :
- Log masuk ke laman web rasmi eBantuanJKM
- Tekan butang ‘Semakan Status Semakan Atas Talian’

- Sila masukkan No.Kad Pengenalan dan klik butang Semak.

- Senarai hanya akan memaparkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima
CARA SEMAK BAYARAN BANTUAN BULANAN JKM
- Layari jkm.gov.my untuk membuat semakan bayaran bulanan JKM
- Sila log masuk dan buat semakan bayaran
- Jika bayaran telah dikreditkan, anda boleh ke bank untuk mengambil duit bantuan
JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN BULANAN JKM 2022
Dibawah adalah merupakan jadual pembayaran bagi tahun 2022:
PERKARA | BUTIRANNYA |
Cek duit Bayaran bulanan jkm bulan Januari 2022 | 10 & 11 Januari 2022 |
Cek duit Bayaran bulanan jkm bulan Februari 2022 | 9 & 10 Februari 2022 |
Cek duit Bayaran bulanan jkm bulan Mac 2022 | 9 & 10 Mac 2022 |
Cek duit Bayaran bulanan jkm bulan April 2022 | 11 & 12 April 2022 |
Cek duit Bayaran bulanan jkm bulan Mei 2022 | 9 & 10 Mei 2022 |
Cek duit Bayaran bulanan jkm bulan Jun 2022 | 9 & 10 Jun 2022 |
Cek duit Bayaran bulanan jkm bulan Julai 2022 | 11 & 12 Julai 2022 |
Cek duit Bayaran bulanan jkm bulan Ogos 2022 | 8 & 9 Ogos 2022 |
Cek duit Bayaran bulanan jkm bulan September 2022 | 8 & 9 November 2022 |
Cek duit Bayaran bulanan jkm bulan Oktober 2022 | 10 & 11 Oktober 2022 |
Cek duit Bayaran bulanan jkm bulan November 2022 | 9 & 10 November 2022 |
Cek duit Bayaran bulanan jkm bulan Disember 2022 | 8 & 9 Disember 2022 |
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM di talian: 03 – 8000 8000
Jabatan Kebajikan Masyarakat; Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran, Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya
Baca juga: Cara Tebus Baucar Perlindungan Tenang B40 Bernilai RM75