Advertisements

Cara Mohon Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal Negeri Perak 2022

Advertisements

PERMOHONAN SKIM BIASISWA PELAJARAN BAITULMAL MAIPk

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah membuka permohonan bagi murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 untuk memohon Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal.

Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal ini diwujudkan bagi membantu murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang berpotensi dalam pelajaran daripada keluarga asnaf fakir dan miskin.

Pelaksanaan skim biasiswa pelajaran ini telah dianjurkan oleh Program Pembangunan Pendidikan Bahagian Agihan Zakat, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.

Berikut dikongsikan cara untuk memohon Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal ini:

Baca juga: Permohonan Biasiswa Baitulmal MAIWP: Pengajian Mesir & Jordan

Manfaat Diperolehi

Pelajar yang mendapat biasiswa ini akan memperolehi manfaat seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Menerima biasiswa tahunan
  • Berpeluang mengikuti tuisyen tajaan
  • Berpeluang menyertai program-program kecemerlangan anjuran MAIPkMOHON SEGERA.

Tarikh Permohonan

Pemohon boleh membuat permohonan mulai:

  • Tarikh Dibuka: 21 Mac 2022
  • Tarikh Ditutup: 15 April 2022

Syarat Permohonan

Berikut merupakan syarat permohonan Skim Pelajaran Baitulmal Negeri Perak:

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin di Negeri Perak
  4. Pelajar tingkatan 4 dan 5 sesi persekolahan tahun 2022
  5. Pelajar adalah anak kepada ketua keluarga atau penjaga daripada keluarga asnaf fakir dan miskin
  6. Pencapaian pelajar mestilah memperolehi 6A (Tahap 6) dalam Penilaian Akhir Tahun 2021.

Cara Mohon

Pelajar yang berminat untuk bermohon, boleh ikuti cara permohonan dibawah ini:

  1. Muat turun BORANG BANTUAN BIASISWA PELAJARAN BAITULMAL daripada portal rasmi MAIPk di pautan https://www.maiamp.gov.my
  2. Isikan maklumat diri dengan betul.
  3. Sediakan dokumen yang di perlukan:
    • Kad Pengenalan Pemohon
    • Kad Pengenalan Ibu bapa
    • Slip gaji / pengesahan pendapatan ibu bapa
    • Salinan keputusan Akhir Tahun 2021 yang telah disahkan pihak sekolah
  4. Hantar borang dan dokumen yang telah lengkap ke pejabat pentadbiran MAIPk terdekat atau pos ke alamat berikut:

Unit Pembangunan Pendidikan,
Bahagian Agihan ZakatAras 1,
Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi nombor talian yang terteara atau rujuk laman web rasmi MAIPK:

019-5711383 (Unit Pendidikan, MAIPk)

Unit Pembangunan Pendidikan,
Bahagian Agihan Zakat
Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.

Baca juga:BPTAR: Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman RM300 Sebulan

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.