Advertisements

PERKESO- Cara Mohon Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 

Apakah Itu SKSPS?

Advertisements

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.

Sebagai permulaan skim ini diwajibkan ke atas Sektor Pengangkutan Penumpang iaitu pemandu teksi, e-hailing dan pemandu bas di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 berkuatkuasa mulai 1 Jun 2017.

Mulai 1 Januari 2020, perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri telah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain.

  • Pengangkutan Barangan dan Makanan
  • Pertanian
  • Penternakan
  • Perhutanan
  • Perikanan
  • Makanan
  • Pembuatan
  • Pembinaan
  • Penjaja
  • Premis Penginapan
  • Perniagaan Online
  • Teknologi Maklumat
  • Pemprosesan Data
  • Ejen
  • Perkhidmatan Profesional
  • Perkhidmatan Sokongan
  • Kesenian
  • Perkhidmatan Isi Rumah
  • Penjagaan Perawatan dan Pemulihan Kesihatan

Baca juga :Cara Buat Saringan Kesihatan Pekerja Secara Percuma Di PERKESO

1) SPSKS (SPS PADANAN CARUMAN)

Melalui SPS PADANAN CARUMAN, hanya 20% caruman sahaja yang perlu dibayar oleh pekerja manakala 80% lagi adalah bantuan padanan caruman oleh Kerajaan.

2) SPS KHIDMAT

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

SPS Khidmat ialah bantuan penuh caruman di mana pihak Kerajaan menyediakan pembiayaan caruman sepenuhnya (100%) di bawah Pelan Caruman dua (2) dan empat (4) dengan tempoh perlindungan selama 12 bulan (1 tahun) kepada OBS melalui kumpulan sasar yang ditetapkan.

Terdapat empat (4) kategori Kumpulan sasar di bawah SPS Khidmat iaitu :

1. Anggota Pasukan Sukarelawan
a) Anggota Tentera Simpanan
b) Anggota Polis Simpanan
c) Anggota Pertahanan Awam Malaysia
d) Anggota Maritim
(Pelan Caruman 2)

2. Perkhidmatan Rumah Ibadat Islam (JAKIM)
Guru Takmir, Noja, Siak, Imam, Bilal dan Merbut
(Pelan Caruman 2)

3. Penyelia dan Petugas Pemulihan Komuniti
(Pelan Caruman 2)

4. Anggota Sektor Awam
Berstatus Contract For Service
(Pelan Caruman 4)

Syarat Kelayakan

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan untuk permohonan :

  • Warganegara Malaysia / permastautin tetap tanpa mengira had umur
  • Individu yang menjalankan pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah
  • Bekerja sepenuh masa atau separuh masa
  • OBS bekerja di Malaysia

Faedah Yang Disediakan

Dibawah merupakan beberapa faedah-faedah yang diterima oleh pencarum seperti :

  1. Faedah Perubatan
  2. Faedah Hilang Upaya Sementara
  3. Faedah Hilang Upaya Kekal
  4. Elaun Layanan Sentiasa
  5. Faedah Orang Tanggungan
  6. Faedah Pengurusan Mayat
  7. Faedah Pemulihan
  8. Faedah Pendidikan

Cara Buat Permohonan

I) SPS KHIDMAT

Bagi OBS yang memenuhi syarat kelayakan di atas dan berminat untuk memohon SPS Khidmat, permohonan boleh dibuat melalui kaedah berikut:

  • Permohonan individu boleh dibuat melalui agensi pentadbiran masing-masing
  • Permohonan secara pukal perlu dikemukakan kepada bahagian SPS ([email protected]) untuk proses pendaftaran
  • Tempoh perlindungan bermula selepas penerimaan senarai pemohon daripada agensi kepada PERKESO

II) SPS PADANAN CARUMAN

Pemohonan bagi SPS Padanan Caruman adalah seperti berikut:

  • Permohonan dan bayaran (secara individu atau melalui agensi) boleh dilakukan di Portal MATRIX ; matrix.perkeso.gov.my
  • Melalui mobil aplikasi PERKESO
  • Melalui kaunter Pejabat PERKESO yang berdekatan
  • Permohonan secara pukal oleh agensi/persatuan perlu dikemukakan kepada bahagian Skim Pekerjaan Sendiri (SPS) untuk proses pendaftaran.
  • Tempoh perlindungan bermula setelah penerimaan bayaran 20% (RM46.60) daripada pemohon kepada pihak PERKESO

Dokumen Yang Diperlukan

Pencarum perlu menyediakan beberapa dokumen semasa membuat permohonan :

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan kad PSV / profil e-hailing / permit / lesen / sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih.

Pilihan Caruman

Jadual dibawah adalah beberapa pilihan Pelan bayaran caruman SKSPS yang boleh dibuat seperti :

Bil.Pendapatan BulananBayaran Caruman BulananBayaran Caruman Setahun
1RM1,050RM13.10RM157.20
2RM1,550RM19.40RM232.80
3RM2,950RM36.90RM442.80
4RM3,950RM49.40RM592.80

Tarikh Berkuatkuasa

  • Bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022

Kaedah Pembayaran Caruman

Pencarum boleh membuat pembayaran caruman secara tahunan atau bulanan melalui dua jenis kaedah pembayaran seperti :

  1. Pembayaran Secara Tunai :
    • boleh dibuat di semua pejabat PERKESO
  2. Pembayaran Secara Dalam Talian (online) :

Nota : Ikuti dan muat turun Panduan Pembayaran Caruman Secara Online- DI SINI

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila melayari www.perkeso.gov.my atau menghubungi Talian Khidmat Pelanggan 1300-22-8000 .

Baca juga :

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.