Advertisements

BKM: Cara Mohon Skim Khairat Kematian RM1000 BKM Tahun 2022

TUNTUTAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN BKM

Advertisements

SKK atau Skim Khairat Kematian adalah wang derma atau sumbangan ikhlas daripada kerajaan dengan kadar tertentu dan diberikan kepada waris seseorang yang meninggal dunia apabila berlaku kematian.

Waris yang layak bolehlah membuat tuntutan berdasrkan syarat-syarat yang ditetapkan.

Baca juga : SPSP: Cara Mohon Skim Biasiswa Sukan Persekutuan KBS Tahun 2022

Jumlah Amaun Tuntutan

Jumlah amaun tuntutan Skim Khairat Kematian sebanyak Rm1000 bagi setiap induvidu yang layak.

Tarikh Tuntutan

Pewaris boleh membuat tuntutan Skim Khairat Kematian mulai :

  • 15 April 2022

Syarat Kelayakan

Berikut merupakan syarat kelayakan pemohon:

  1. Berkahwin;
  2. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak;
  3. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
  4. Tempoh meninggal dunia: 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022

Nota :

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Skim Khairat Kematian BKM ini layak dituntut oleh wakil yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan (bagi permohonan status Kahwin dan pasangan adalah warganegara Malaysia) yang meninggal dunia.
  • Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak untuk menerima skim khairat kematian ini.

Pewaris Yang Layak Tuntut Wang Khairat Kematian Si Mati

Wakil atau waris yang didaftarkan pada permohonan BKM 2022 sahaja layak membuat tuntutan Skim Khairat Kematian.

Hubungan wakil atau waris yang layak adalah :

  1. Pasangan
  2. Ibu
  3. Bapa
  4. Anak
    • Anak Kandung
    • Anak Tiri
    • Anak Angkat
  5. Adik-Beradik

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Sijil Kematian asal atau Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN);
  2. Kad Pengenalan asal wakil;
  3. Dokumen pembuktian pertalian antara penerima (individu layak SKK) dan wakil.

Kaedah Tuntutan

Wang akan diberikan secara Tunai di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan sila ke :

Baca juga : Kerajaan Mula Beri Dos Penggalak Kedua

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.