Pada 14 Februari 2022 lalu, Perdana Menteri bahagian Hal Ehwal Agama, Senator Ustaz Datuk Haji Idris Ahmad, telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Turkiye TYT Merve Kavakci.
Kedutaan Besar Republik Turkiye telah memaklumkan bahawa Presidensi Hal Ehwal Ugama Turkiye bersama Yayasan Turkiye Diyanet telah mengumumkan tawaran program biasiswa buat pelajar Malaysia.
Oleh itu, calon-calon di kalangan warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk membuat permohonan ini sebelum tarikh tutup.
Di sini kami ingin kongsikan cara-cara untuk memohon tawaran biasiswa pengajian agama dari kerajaan Turki ini.
Baca juga: Permohonan Biasiswa Kerajaan Turki 2022

Tawaran Program Biasiswa
Kedutaan Besar Republik Turkiye telah memaklumkan bahawa Presidensi Hal Ehwal Ugama Turkiye bersama Yayasan Turkiye Diyanet telah mengumumkan tawaran program biasiswa seperti berikut:
- Anatolian Imam Hatip High School
- Theology Undergraduate
- Theology Graduate (Master and PhD)
Tarikh Tutup Permohonan
Permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup yang dimaklumkan pada:
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
- 15 Mac 2022
Cara Mohon Biasiswa Pengajian Kerajaan Turki
Calon-calon di kalangan warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk membuat permohonan biasiswa kerajaan turki sebelum tarikh tutup.
Berikut merupakan langkah-langkah untuk membuat permohonan:
- Layari ke laman rasmi Diyanet Burslari Scholarship .
- Daftarkan diri terlebih dahulu sebagai pengguna Diyanet Burslari Yonetim Sistemi (DBYS) sebelum membuat permohonan biasiswa.
- Pendaftaran biasiswa adalah percuma.
- Pastikan maklumat yang diisi adalah lengkap serta benar. Ini kerana maklumat yang tepat adalah penting bagi penentuan kelayakan biasiswa.
- Muat naik dokumen yang diperlukan apabila sistem sudah bersedia.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut boleh dilayari di laman sesawang berikut https://diyanetburslari.tdv.org.
Mewakili Kerajaan Malaysia, Senator Ustaz Datuk Haji Idris Ahmad, merakamkan setinggi penghargaan kepada Kerajaan Turki dan Kedutaan Besar Republik Turki di Malaysia atas peluang ini.
Semoga hubungan baik yang sedia terjalin antara Malaysia dan Turki akan terus kukuh.
Baca juga: Permohonan BYDPA 2022: Biasiswa Yang di-Pertuan Agong