Advertisements

Cara Mohon Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP) 2022

Apa Itu Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP)?

Advertisements

Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP) adalah sebuah program anjuran zakat Pulau Pinang dengan kerjasama SME Corp.

Program ini akan dibangunkan melalui perkongsian maklumat, latihan pembangunan modal insan, pengurusan kewangan, pembiayaan khidmat nasihat dan bimbingan perniagaan melalui TUZPP bagi membolehkan mereka menjana pendapatan dalam jangka masa yang panjang.

Baca juga:Permohonan URUS Dilanjutkan Sehingga Akhir Bulan Mac 2022

Keutamaan Bantuan TUZPP

Bantuan ini akan diberikan keutamaan kepada:

  • Penerima Bantuan Asnaf
  • Peserta Bengkel Seliaan Zakat Pulau Pinang

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka dari 28 Januari hingga 4 Februari 2022.

Syarat Kelayakan Permohonan

Disini terdapat beberapa syarat kelayakan untuk memohon TUZPP, antaranya adalah:

  • Warganegara Malaysia dan beragama Islam.
  • Berumur 18 hingga 46 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Mempunyai lesen perniagaan SSM (Sekurang-kurangnya telah berdaftar 6 bulan).
  • Tidak hamil / dalam tempoh berpantang.
  • Sihat tubuh badan serta bebas alahan serius.
  • Tidak pernah menjalani pembedahan / mengalami patah tulang.
  • Tiada rekod jenayah / bankrap / dalam tindakan mahkamah.
  • Hanya salah seorang sahaja daripada pertalian satu keluarga layak memohon.
  • Pemohon tidak bekerja sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta
  • Tidak pernah menyertai program ini sebelumnya.

Cara Permohonan

Untuk membuat permohonan pendaftaran, anda boleh terus ke laman web DISINI, atau imbas QR Code dalam poster di bawah ini.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Maklumat Lanjut

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Program Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang di Bahagian Keusahawanan Asnaf, Zakat Pulau Pinang di talian 011-28724558.

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Awal IPT MAIDAM IPTA/IPTS MAIDAM 2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.