Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan zakat Bantuan Umum Pelajaran UKM Sem 2 Sesi 2021/2022 kini dibuka.
Bantuan yang disediakan adalah bantuan umum pelajaran sama ada untuk biaya yuran pengajian mahupun sara diri.
Tarikh Permohonan
Pelajar boleh memohon bantuan zakat bermula:
- Tarikh Mula Mohon : 28 Mac 2022
- Tarikh Tutup Permohonan : 7 Julai 2022
Baca juga: Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Penjawat Awam RM500
Syarat Permohonan Zakat Bantuan Umum
Syarat-syarat yang perlu ditepati oleh setiap pelajar yang memohon bantuan zakat ini adalah seperti berikut:
- Merupakan pelajar Asasi Pintar, Prasiswazah atau Pascasiswazah Universiti Kebangsaan Malaysia.
- Beragama Islam
- Pelajar sepenuh masa
- Telah mendaftar semester
Cara Mohon Zakat Bantuan Umum
Pelajar boleh membuat permohonan zakat melalui atas talian seperti yang tertera di pautan berikut :
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Dokumen Yang Diperlukan
Setiap pelajar yang memohon zakat bantuan umum ini hendaklah mengemukan dokumen yang diperlukan secara talian seperti berikut :
i) Bagi Pasangan Yang Bekerja
- Sediakan salinan Penyata Gaji / Penyata Pencen / Pengesahan Pendapatan bagi IBU dan BAPA / Penjaga / Pasangan.
- Borang Pendapatan dilampiran.
ii) Bagi Pasangan Yang Tidak Bekerja
- Perlu lampirkan pengesahan tidak bekerja.
- Borang Pengesahan Pendapatan HANYA boleh disahkan oleh Ketua Kampung / penghulu / JKKK / Imam / Nazir / Pengerusi Blok / Pengerusi Penduduk mastautin keluarga.
iii) Lain-lain dokumen seperti dilampiran sistem zakat online
Jadual Temuduga
Pelajar hanya boleh memilih tarikh temuduga setelah permohonan diperaku oleh pensyarah. (Sila klik di “Status Permohonan” untuk memilih tarikh temuduga). Pilihan JADUAL TEMUDUGA hanya pilih (Kampus Bangi sahaja)
Tatacara Hadir Temuduga
- Setiap sesi temuduga akan dijalankan secara atas talian (secara panggilan telefon) sahaja pada tarikh temuduga yang dipilih.
- Tetapi jika perlu, pelajar akan diminta hadir ke Kaunter Zakat bagi urusan temuduga permohonan.
- Jika status “Disokong/ Permohonan disokong urusetia dan dibawa untuk penilaian kelulusan”, bermaksud permohonan telah diproses (tanpa ditemuduga). Kelulusan proses bayaran dalam 21 hari bekerja.
- Jika status “Disokong/ Rayuan – Permohonan dalam tindakan untuk dibawa ke Mesyuarat”, bermaksud permohonan telah diproses (tanpa ditemuduga).
- Semakan kelulusan di sistem boleh dibuat selepas 2-3 bulan daripada tarikh temuduga
- Jika status “Pulang Borang”, sila baca ulasan penemuduga yang diberikan dan lengkapkan butiran/ dokumen seperti yang diminta.
- Jika status masih “Tunggu Temuduga” Satu (1) hari SELEPAS tarikh temuduga yang telah dipilih, mohon untuk hubungi kami di talian 03-8921 4225/5820 (Bangi) atau 03-9145 6526 (HCTM/KKL).
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai zakat bantuan umum ini, pelajar boleh terus menghubungi kaunter zakat UKM atau pejabat unit zakat UKM :
Kaunter Zakat UKM Bangi
Aras 1, Masjid UKM
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-8921 4225 / 5820
Pejabat Unit Zakat UKM (Cawangan KKL)
Aras 1, Blok Klinikal,
Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM UKM),
Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak,
56000 Cheras, Kuala Lumpur,
No Tel : 03-9145 6526
Untuk cadangan dan aduan, boleh terus menghantar email ke [email protected]
Baca juga : Cara Tebus Baucer Diskaun Buku Semarak Membaca Bernilai RM10