Advertisements

Cara Mohon Zakat Selangor Peduli. Bukan Asnaf, Fakir Pun Boleh Mohon!

Advertisements

Permohonan Zakar Selangor Peduli akan ditutup pada 10 Disember akan datang. Jadi sesiapa warga Selangor yang layak digalakkan untuk memohon daftar dengan cepat kerana ianya terhad.

Bantuan Zakat Selangor Peduli ialah inisiatif Lembaga Zakat Selangor dalam membantu golongan yang terjejas akibat COVID-19 dan ianya berbeza dengan kebiasaan zakat.

Ianya khas untuk golongan B40 yang terjejas akibat pandemik dan bukan untuk asnah, fakir, miskin dan muallaf yang berdaftar dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Ini bermakna, walaupun anda tidak tergolong sebagai penerima zakat atau asnaf, anda layak memohon selagi anda merupakan golongan B40 dan memenuhi kriteria.

Bantuan ini adalah kesinambungan daripada produk bantuan sebelum ini, iaitu Bantuan Khas COVID-19 (BKC19) dan Bantuan Alternatif Insan Terkesan (BAIT).

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan Zakat Selangor Peduli ini untuk makluman bersama.

Syarat-syarat Permohonan

Pemohon hendaklah memenuhi syarat berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara atau pemastautin tetap (PR).
  3. Lahir dan menetap di Selangor / bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang tiga (3) tahun (tidak tertakluk kepada asnaf Ibnu Sabil).
  4. Pemohon mestilah Ketua Keluarga bagi isi rumah.
  5. Memenuhi kriteria Had Kifayah yang ditetapkan oleh LZS iaitu pendapatan isi rumah kurang atau tidak sampai had mencukupi (Had Kifayah) bagi asnaf Fakir Miskin.

Kriteria terkesan akibat COVID-19 seperti berikut:

  1. Hilang pekerjaan / pendapatan (peniaga kecil / penjaja); atau
  2. Masih diarah cuti tanpa gaji; atau
  3. Masih bekerja dengan pemotongan gaji bulanan; atau
  4. Pemohon dalam proses menunggu pencen (kerajaan) / Pencen atau Bantuan Ilat / Pencen Penakat / Insuran/ Pengeluaran KWSP.
  5. Lain-lain

Baca juga: Cara Refund Duit Kad Touch n Go Yang Rosak, Hilang, Expired

Cara Mohon Zakat Selangor Peduli

Permohonan Zakat Selangor Peduli ini boleh diakses melalui pautan ini : Zakat Selangor Peduli

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan, sila hubungi saluran berikut:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.