Permohonan pengeluaran Akaun Dua KWSP bagi bayaran balik pinjaman PTPTN perlulah dibuat secara online melalui e-Pengeluaran di laman web KWSP.
Peminjam perlulah mempunyai i-Akaun KWSP untuk menggunakan e-Pengeluaran.
Kelebihan Bayar Guna Akaun Dua KWSP
Berikut adalah kelebihan-kelebihan yang anda dapati apabila membuat bayaran melalui pengeluaran Akaun Dua KWSP:
- Boleh menggunakan Akaun Dua KWSP peminjam atau ibu bapa (tertakluk kepada syarat-syarat pengeluaran).
- Tiada had pengeluaran.
- Boleh membuat pengeluaran lebih daripada sekali selagi Akaun Dua masih berbaki.
- Tiada caj pemprosesan dikenakan
- Menikmati penjimatan kos upah atau pentadbiran dan pemendekan tempoh bayaran balik
Baca juga: Permohonan Geran Sepadan PTPTN: Insentif Sehingga RM10,000
Syarat-syarat Pengeluaran
Berikut adalah syarat-syarat bagi pengeluaran KWSP untuk tujuan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN:
- Terbuka kepada kesemua tahun pengajian sama ada pengajian ahli atau anak ahli.
- Hanya peringkat Diploma dan ke atas sahaja yang dibenarkan.
Cara Mohon Pendaftaran i-Akaun
Bagi yang tidak mempunyai akaun i-Akaun, anda perlulah daftar akaun i-Akaun KWSP untuk mengakseskan diri dalam membuat permohonan online.
Berikut adalah cara-cara untuk membuat e-Pengeluaran:
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
- Untuk pendaftaran i-Akaun, dapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun (6 digit) melalui :
- Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000
- Kiosk KWSP
- Kaunter KWSP
- Aktifkan i-Akaun menggunakan Kod Pengaktifan tersebut dalam tempoh 30 hari.
Cara Mudah Bayar PTPTN Melalui i-Akaun KWSP
Berikut adalah 3 cara mudah untuk membayar balik wang pinjaman PTPTN melalui KWSP Online:
- Log masuk / Daftar masuk ke i-Akaun KWSP:
Klik tap pengeluaran -> Pilih e-Pengeluaran -> Klik pada permhonan baru. - Semak Status Permohonan:
Status permohonana akan dihantar melalui SMS / Masej sekuriti inbox di i-Akaun. - Hadir Ke Cawangan Pejabat KSWP
Proses pengesahan cap ibu jari bersama dokumen sokongan yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.

Diskaun PTPTN 2022
Menerusi pembentangan Bajet 2022 yang lalu, kerajaan telah bersetuju untuk memberi Insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam PTPTN.
Antara diskaun yang diberikan adalah merangkumi :
- Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual
- Diskaun 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran
- Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
Tempoh Diskaun Bayaran Balik PTPTN
- Bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.
Tempoh Masa Bayaran
KWSP akan memproses permohonan yang lengkap dalam tempoh tidak melebihi 15 hari bekerja dari tarikh ahli hadir ke Kaunter KWSP untuk pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) dan penyerahan dokumen sokongan.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut, sila ke pejabat PTPTN yang beralamat dibawah atau anda boleh hubungi talian PTPTN yang diberikan.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
Careline: 03 – 2193 3000
Faks: 03 – 2193 1263
e-Aduan: iCare
Baca juga: PTPTN: Cara Daftar Bayaran Balik Automatik (Direct Debit)