Advertisements

Cara Mudah Cuci Bunga Hiasan Yang Kotor Berdebu

Advertisements

Pasti ada antara kita yang suka menghiasai ruangan rumah dengan bunga bukan? Tidak kisah sama ada bunga hidup ataupun mati, masing-masing ada cara tersendiri.

Bagi yang memilih pokok bunya palsu, pasti alasan yang paling ‘cliche’ adalah pokok bunga palsu ini tidak perlu dijaga rapi seperti pokok bunga sebenar.

Malah ianya tidak akan mati selama-lamanya dan tidak risau tentang serangga yang hidup di dalam pasu seperti bunga hidup.

Namun apabila menggunakan pokok bunya palsu, perkara yang paling meremehkan adalah apabila ingin membersihkannya daripada kotoran dan debu.

Kali ini kami ingin kongsikan kepada anda antara cara mudah cuci bunga hiasan yang kotor berdebu oleh puan Hani Mynis.

Baca juga: Cara Daftar Dan Pengaktifan Touch N Go RFID Tag

Cara Mudah Cuci Bunga Hiasan

LANGKAH 1: Kumpulkan semua bunga.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Kumpul semua bunga termasuk yang ada di ruang tamu, dapur, bilik tidur, luar rumah. Sebelum tu, tips ini khas untuk pokok atau bunga dari latex atau plastik polyester sahaja. Jika diperbuat daripada baldu, perlu buat dry cleaning sahaja.

LANGKAH 2: Susun ikut kategori

Sama ada kategori jenis material pokok atau bunga. Plastik, polyester, silk, baldu, latex dan lain-lain . Susun juga ikut kategori jambangan bunga, dedaun sahaja, berpasu dan sebagainya.

LANGKAH 3: Ambil gambar kalau bunga gubah di kedai

Untuk jambangan bunga yang perlu digubah, ambil gambar gubahan dulu sebelum dicabut. Lagi-lagi yang digubah siap di kedai. Sebab nanti kira nak leraikan gubahan, basuh dan gubah semula. Kecuali memang berbakat menggubah bunga, abaikan langkah ni.

LANGKAH 4: Ikat sejambak bunga jenis tangkai panjang mengikut pasu

Ikat guna getah atau cable tie. Hani memang ikat siap-siap dengan cable tie. Masuk je sejambak dalam pasu terus.

LANGKAH 5: Boleh mulakan mencuci

Sediakan besen berisi air paip. Masukkan 1 sudu pencuci pinggan mangkuk cecair dan 1 sudu pelembut atau pewangi fabrik. Pilihan lain menggantikan pelembut atau pewangi fabrik ialah essential oil (masukkan 4 titis). Kacau campuran tadi sehingga berbuih.

LANGKAH 6: Masukkan bunga mengikut jambak atau set gubahan

Jangan campur dan jangan rendam (sebab ada bunga atau daun yang gamnya kita tak tahu cepat kembang atau tak). Masukkan dalam campuran tadi. Kacau sikit secara perlahan.

LANGKAH 7: Urut setiap kelopak atau dedaun jika perlu dalam campuran pencuci dengan jari

Tak perlu diberus. Kecuali kesan kotoran degil yang perlu diberus, guna berus lembut sepertu berus gigi terpakai. Untuk setiap jambakan /set ambil masa 1-2 minit je. Kalau buat regular maintainance (dry cleaning), proses ni memang tak lama sebab tak lah kotor sangat. So bila nak cuci pun tak amik masa lama dan insyaAllah bunga tahan cantik lebih lama. Nampak macam baru je.

LANGKAH 8: Kalau bunga berpasu

Untuk bunga berpasu, boleh kena air tapi jangan direndam dalam air pasu nya. Takut gam kat pasu
kembang. Kena air lalu sikit semasa bilas tak pe. Tapi cepat-cepat tos.

LANGKAH 9: Bilas dan jemur

Semasa membilas pun tak perlu lama. Kalau boleh tak nak bau pewangi fabrik tu hilang. Untuk setiap jambakan ambil masa 1 minit begitu. Langkah terakhir, jemur sehingga kering. Tak mau lembap sebab nanti boleh rosakkan bunga (bertahi lalat, berkulat dan bila lembap lagi mudah attract habuk pada pokok/bunga balik).

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.