Advertisements

Cara Mudah Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir

Advertisements

Penyakit bayi kuning terbahagi kepada dua jenis iaitu ‘physiologic jaundice’ dan ‘pathologic jaundice’.

Physiologic jaundice” adalah keadaan bayi yang kelihatan kuning dan kebiasanya berlaku kepada bayi yang berumur tiga hari dan akan berakhir dalam hari yang ke tujuh selepas dilahirkan.

Physiologic jaundice” tidak membahayakan malah akan sembuh dengan sendirinya tanpa memerlukan rawatan.

Manakala “Pathologic jaundice” pula adalah keadaan kuning pada kulit bayi yang boleh dilihat seawal hari pertama dilahirkan.

Untuk jenis “Pathologic jaundice” pula ianya lebih merbahaya dan memerlukan rawatan dengan segera.

Walau bagaimanapun, para ibu pasti akan resah apabila bayi yang baru sahaja lahir terkena penyakit kuning.

Berikut dikongsikan beberapa cara mudah untuk hilangkan kuning bayi yang baru lahir.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Baca juga`: 11 Tanda-tanda Anak Anda Ada ‘Growth Style’ Kinestetik

1. Kerap Susukan Bayi

Bayi yang terkena penyakit kuning ini akan menjadi sangat mengantuk dan akan tidur sepanjang hari.

Oleh itu, para ibu harus kejutkan bayi anda setiap satu jam atau kerapkan bayi anda untuk minum susu.

Ini kerana susu ibu adalah ubat yang terbaik untuk menghilangkan kuning dan bukannya susu formula.

2. Susu Kambing

Jika para ibu tidak mempunyai susu untuk menyusu bayi yang baru lahir, anda boleh gunakan susu kambing sebagai altenatif lain untuk menyusu bayi anda.

Pastikan anda menggunakan susu yang baru diperah dari ibu kambing dan tidak dimasukkan lagi kedalam peti sejuk kepada anak anda.

Seeloknya ibu juga harus minum susu kambing kerana khasiat daripada susu kambing itu akan sampai kepada anak apabila anak itu menyusu ibu.

3. Jemur Bayi Dibawah Sinaran Matahari Pagi

Jemurkan bayi anda berdekatan tingkap atau pintu selama 10 minit ketika matahari mula terbit.

Pastikan anda jemur bayi pada pukul 7 pagi- 8 pagi agar terkena tempias cahaya matahari yang baru keluar.

4. Mandikan Bayi Dengan Daun Inai

Anda boleh mandikan bayi jaunice anda dengan air inai.

Caranya, ramaskan daun inai di dalam besen yang berisi air kemudian mandikan bayi anda setiap pagi sehingga kuning bayi anda hilang.

5. Rawatan Fototerapi

Rawatan ini dilakukan oleh pihak hospital dimana bayi akan diletakkan di bawah lampu yang mempunyai jarak gelombang cahaya yang tertentu sama ada putih, biru muda, atau biru pekat, bergantung kepada keadaan bayi dan punca kuning terjadi.

Rawatan fototerapi biasanya dimulakan apabila paras bilirubin mencecah tahap tinggi.

Namun rawatan ini kebiasannya bergantung kepada umur bayi dan sama ada bayi cukup bulan ataupun pramatang.

6. Rawatan Tukar Darah

Rawatan ini akan dilakukan dalam situasi apabila paras bilirubin dalam darah bayi terlalu tinggi dan tidak dapat diturunkan melalui rawatan fototerapi ataupun dalam keadaan klinikal tertentu.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan dan mengurangkan kuning anak anda.

Baca juga: 7 Cara Dan Petua Lama Untuk Turunkan Suhu Demam Panas

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.