Advertisements

Cara Mudah Keluarkan Duit Amanah Saham Berhad (ASB) 2022

Advertisements

Cara Mudah Keluarkan Duit Asb 2022: Bagaimana cara pengeluaran wang ASB melalui Maybank dari BSN Cimb Bank, secara online atau nak keluar di Pejabat Pos?

Ada hikmah disebalik covid 19 yang melanda Malaysia. Disebabkan sekatakan pergerakan dilaksanakan sebelum ini. Banyak urusan penting tergendala.

Melihatkan situasi ini, pentingnya pembangunan sistem online dibangunkan dengan lebih baik lagi agar dapat memudahkan urusan orang ramai.

Permodalan Nasional Berhad PNB melalui Amanah Saham Bumiputera telah kemaskini sistem myasnb login dengan harapan membantu orang ramai membuat pelbagai urusan secara online.

Baca juga: BRF & LCTF: Pembiayaan Baharu PKS Bank Negara Malaysia

1) Cara Keluarkan ASB Secara Online

Berikut adalah cara untuk keluarkan duit ASB secara online:

  • Sila log in ke laman portal rasmi myASNB
  • Kemudian, klik ‘Portfolio’ dan klik pada ‘Transaksi’ yang dikehendaki.
  • Pilih ‘Jualan Balik’.
  • Pastikan maklumat bank anda betul dan klik ‘Seterusnya’.
  • Baca tanda kotak pengisytiharan dan klik ‘Seterusnya’.
  • Masukkan amaun, tandakan kotak pengisytiharan dan klik ‘Seterusnya’.
  • Semak semula butiran bank anda di notifikasi dan klik ‘Teruskan’.
  • Klik ‘Permintaan TAC’, isikan dan klik ‘Seterusnya’.
  • Tranksasi anda berjaya.

2) Cara Keluar Duit ASB Melalui Bank

Terdapat beberapa senarai bank yang boleh keluarkan wang asb di kaunter tanpa menggunakan buku, antaranya adalah:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Hong Leong,
  • Alliance Bank,
  • Maybank,
  • AmBank,
  • Bank Muamalat,
  • Bank Islam,
  • Affin Bank,
  • RHB,
  • Ambank,
  • CIMB,
  • BSN  

Berikut adalah cara untuk keluarkan duit ASB melalui bank :

  • Pergi ke mana-mana kaunter bank yang merupakan agen ASB.
  • Maklumkan kepada pengawai bertugas bahawa anda ingin keluarkan duit simpanan Amanah Saham Bumiputera.
  • Anda akan akan diberikan borang jualan balik unit ASB anda. Isikan maklumat yang diperlukan selengkapnya.
  • Nombor giliran akan diberikan kepada anda.
  • Sila serahkan kad pengenalan untuk tujuan pengesahan diri anda.
  • Akhir sekali, proses pengeluaran duit diteruskan.
  • Urusan selesai.

Baca juga: Dividen ASB 2021: Cara Semak Jumlah Dividen Dan Kiraan Zakat ASB

3) Cara Keluarkan ASB Melalui Pejabat Pos

Berikut adalah cara untuk keluarkan duit ASB melalui pejabat pos:

  • Pergi ke pejabat pos yang berhampiran.
  • Anda perlu bawa kad pengenalan diri (IC).
  • Kemudian terus ke kaunter pertanyaan dan maklumkan tujuan anda untuk mengeluarkan duit ASB.
  • Anda akan diberi BORANG JUALAN BALIK (sila lengkapkan maklumat ASB anda dan amaun diperlukan).
  • Sila tunggu giliran anda dan turunkan pengesahan cap jari.
  • Akhir sekali, duit ASB anda akan diberikan secara tunai.

4) Cara Keluarkan ASB Melalui Cawangan ASB

Berikut adalah cara keluarkan duit ASB melalui cawangan ASB:

  • Pergi ke cawangan ASB yang berdekatan dengan anda dan bawa kad pengenalan diri.
  • Lengkapkan Borang Jualan Balik (ASNB JB)
  • Serahkan Borang Jualan Balik (ASNB JB)
  • Borang anda disemak dan pengeluaran dibuat.
  • Urusan anda selesai

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman sesawang di www.asnb.com.my atau hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899.

Baca juga: RM1000 Diberikan Kepada Keluarga Terjejas Akibat Kebakaran Di Pulau Burung

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.