Advertisements

Cara Mudah Mohon Pinjaman Rumah SJKP Tanpa Slip Gaji 2022

Apakah Itu SJKP?

Advertisements

Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) adalah satu skim perumahan yang merangkumi pembelian rumah kos rendah dan sederhana sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada terjual atau lelongan.

SJKP ini dibuat adalah untuk membantu individu berkelayakan yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan slip gaji untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan gadai janji.

Berikut dikongsikan beberapa maklumat mengenai Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).

Baca juga : Permohonan Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) 2022 Sehingga RM5000

Syarat Kelayakan Permohonan

Antara syarat-syarat kelayakan yang perlu pemohonan ada sebelum membuat permohonanan adalah :

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
  • Pembelian rumah kediaman baru / didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
  • Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dan lain-lain atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM300 juta yang pertama sahaja).
  • Pemohon mestilah bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.
  • Pembayaran bulanan kesemua pinjaman <65% daripada pendapatan kasar.
  • Rekod tunggakan CCRIS 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
  • Tidak mempunyai rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.

Senarai Bank Yang Terlibat

Berikut adalah senarai institusi kewangan yang terlibat dengan SKJP :

  • Affin Bank, Affin Islamic.
  • Maybank, Maybank Islamic.
  • Alliance Bank, Alliance Islamic Bank.
  • Bank Muamalat.
  • Bank Rakyat.
  • Agro Bank.
  • AmBank Group, AmIslamic Bank.
  • Bank Islam BSN.
  • Hong Leong Bank.
  • Hong Leong Islamic Bank.

Cara Buat Permohonan

Berikut adalah cara-cara untuk membuat permohonan SJKP :

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Mengenal pasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli atau resit bayaran tempahan.
  • Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga.
  • Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
  • Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.
  • Permohonan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad tetapi dilakukan di cawangan institusi kewangan yang menyertai skim ini.

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SJKP sila layari laman rasmi di pautan https://www.sjkp.com.my atau hubungi di talian 03 2096 5000.

Baca juga : BUDI Sabah : Bantuan Tunai Pendaftaran IPT 2022 Sehingga RM2,000

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.