Advertisements

Cara Mudah Mohon Visa Umrah Dan Ziarah Secara Online

Advertisements

TAHUKAH Anda Kerajaan Arab Saudi telah memilih 35 negara yang rakyatnya layak untuk eVisa Arab Saudi, dan salah satu negara yang tersenarai adalah negara Malaysia.

Maka rakyat Malaysia yang ingin membuat umrah sendiri tanpa agen inilah boleh lah memohon Visa Umrah di eVisa Arab Saudi .

Untuk memohon Visa Umrah ini sangat lah mudah dan cepat. Ikuti perkongsian maklumat di bawah.

Baca juga: SOP Baharu Umrah Dilaksanakan Mulai 14 Februari

Maklumat Tentang Visa

Berikut merupakan beberapa maklumat mengenai visa secara online. Anda boleh membuat visa online di pautan ini: https://visa.visitsaudi.com/

  1. Semua pemohon boleh melawat kecuali yang bukan beragama Islam tidak dibenarkan masuk ke Makkah dan Madinah.
  2. Tidak perlukan mahram.
  3. Boleh membuat Umrah secara sendiri dengan menempah hotel, tiket fight dan semuanya dengan aturan tersendiri.
  4. Harga : sekitar 470 Saudi Riyal.
  5. Tidak memerlukan maklumat penerbangan.
  6. Sah untuk tempoh setahun sahaja.
  7. Kemasukan berulang sepanjang setahun.
  8. Had jangka waktu berada di Arab Saudi 90 hari.
  9. Terbuka untuk sendiri atau berkumpulan.
  10. Had usia 18 tahun dan kebawah mesti dibawah tanggungjawab.

Cara Mohon eVisa Di Web

Berikut merupakan permohonan eVisa di web:

  • Daftar log masuk – sangat secure web tersebut kerana mempunyai verification code dan had masa.
  • Pastikan gambar jelas dan berlatar belakangkan warna putih serta berukuran passport dalam format JPEG.
  • Isi maklumat peribadi dan passport dengan lengkap.
  • Pastikan anda tahu maklumat tarikh jangkaan ketibaan
  • Tujuan melancong, samaada atau keseluruhannga untuk :
    • i) acara
    • ii) keluarga
    • iii) santai
    • iv) umrah
  • Maklumat menetap di saudi:
    • Hotel atau residential.
  • Insurans perubatan
  • Baca terma dan syarat
  • Permohonan disemak
  • Boleh membuat pembayaran melalui kad debit atau kad debit
  • Tunggu proses untuk granted visa dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Selesai.

Langkah-langkah Mohon Visa

Berikut merupakan langkah-langkah mohon visa tiga langkah mudah ini:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

1- Isikan maklumat diri anda. Anda juga perlu memilih masa pemprosesan dari pilihan yang dinyatakan di atas

2 – Patikan anda membuat semakan maklumat diri terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran.

3 – Terakhir terdiri daripada soal selidik dan muat naik foto. Pada ketika ini, anda perlu meng-upload imbasan pasport anda. Dokumen lain juga diperlukan, tetapi ia bergantung kepada keadaan peribadi.

Nota: eVisa ini sah selama 1 tahun selepas dikeluarkan dari tarikh kelulusan. Bagi yang ingin mencuba dan memohon secara atas talian, terus sahaja ke https://visa.visitsaudi.com/

Baca juga: Cara Daftar Vaksin Dos Penggalak (Booster) Untuk Tunai Umrah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.