Advertisements

Cara Mudah Semak Jalan Sesak Guna Portal LLM

Advertisements

Tidak dinafikan, kini semua oranb berlumba-lumba untuk merentas negeri. Sejak kebelakangan ini jalan raya sudah mula dibanjiri dengan kenderaan yang ingin menuju ke negeri lain atas urusan kerja mahupun bercuti.

Ekoran daripada itu, jalan raya yang dulunya lengang dengan kenderaan pasti akan sibuk dengan kenderaan baik dari utara dan selatan. Ianya bagaikan sambutan hari raya yang dahulunya tidak dapat disambut meriah.

Bagi anda yang bercadang untuk merentas negeri, perancangan perjalanan sangat lah penting untuk mengelakkan anda tersangkut di dalam jem yang panjang dan lama. Kerana ianya akan memenatkan badan.

Melalui laman Twitter, seorang lelaki yang menggunakan nama akaun @_Afnanfaiq ini membuat bebenang bagaimana anda boleh periksa aliran trafik dengan menggunakan portal LLM.

Cara Cek Jalan Jem Ke Tak Sebelum Bercuti

Bagi yang kurang jelas bagaimana ingin memeriksa aliran trafik semasa di laman web LLM boleh ikuti panduan di bawah:

1. Layari laman web rasmi untuk ke portal LLM di pautan ini.

2. Klik ‘Paparan penuh CCTV’ di bahagian ‘Status Trafik Semasa’.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

3. Klik ‘Sila Pilih Lebuhraya’ dan pilih leburaya yang akan anda gunakan di perjalanan anda nanti.

4. Di dalam portal LLM tadi, Paparan CCTV lebuhraya pilihan akan keluar macam gambar di bawah.

Bagi yang ingin merentas negeri sekali lagi diingatkan untuk memeriksa diri anda dahulu seperti perkara di bawah:

  1. Pastikan diri sudah melengkapkan 2 dos vaksinansi serta tempoh matang 14 hari.
  2. Lakukan ujian Covid-19 kendiri dan jika negatif barulah merentas negeri.
  3. Sekiranya anda mengalami gejala seperti demam, batuk dan selsema, dinasihatkan agar menangguhkan perjalanan terlebih dahulu.
  4. Bagi individu yang disahkan positif dan sedang dalam tempoh pengasingan dan pemantauan, atau individu yang dikenal pasti kontak rapat yang sedang menjalani perintah kuarantin dan pengawasan, aktiviti pelancongan tidak dibenarkan sama sekali.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.