Advertisements

Cara Nak Padam Akaun Instagram

Advertisements

Tidak dinafikan aplikasi Instagram adalah salah satu laman sosial maya yang sangat popular sehinggakan ramai yang membuka akaun Instagram ini untuk tujuan berniaga.

Ini kerana Instagram dilihat sebagai salah satu platfom yang cepat untuk memperkenalkan perniagaan mereka.

Namun begitu, tidak semua orang berjaya berniaga di Instagram sehingga akaun yang dibuka untuk berniaga terbiar begitu saja.

Mungkin ramai yang tidak tahu cara untuk menyahaktifkan akaun Instagram. Jadi disini kami ingin kongsikan kepada anda cara-cara untuk menutup akaun Instagram secara kekal atau sementara.

Baca juga: Ini Cara Tukar Langganan Astro Ke Njoi (Tiada Bayaran Bulanan)

1. Cara Menyahaktif Akaun Instagram Buat Sementara:

  • Buka penyemak imbas pada telefon bimbit atau komputer riba anda.
  • Layari laman https://www.instagram.com.
  • Log masuk akaun Instagram.
  • Klik menu profil di ikon profil di bahagian bawah kanan.
  • Seterusnya klik ikon gear di sudut kiri atas. Kemudian klik Edit Profil.
  • Dalam menu profil edit scroll ke bawah sehingga anda temui tulisan Padam Akaun Sementara yang warna biru. Kemudian klik pada teks tersebut.
  • Kemudian pilih dan nyatakan sebab ingin menyahaktifkan akaun Instagram buat sementara waktu.
  • Seterusnya masukkan kata laluan dan klik pada butang Padam Akaun Sementara.
  • Pop-up pengesahan akan muncul dan klik ya.

2.Cara Padam Akaun Instagram Kekal:

  • Seterusnya pilih alasan mengapa ingin padam akaun Instagram secara kekal.
  • Kemudian masukkan kata laluan akaun Instagram.
  • Kemudian klik butang merah yang menunjukkan “Memadamkan akaun saya secara kekal / Hapuskan akaun saya secara kekal“.
  • Kemudian klik OK untuk memadamkan akaun Instagram anda.

Jadi itulah antara 2 cara yang boleh anda pilih sama ada ingin memadam akaun Instagram secara kekal atau sementara.

Tetapi anda juga perlu tahu bahawa apabila anda memilih untuk memadam akaun Instagram secara kekal, nama pengguna akaun yang telah dipadam itu tidak boleh digunakan lagi.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Oleh itu, sebelum membuat keputusan memadam akaun Instagram secara kekal lebih baik anda pikirkan dengan teliti dulu.

Sumber: Instagram

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.