Mesti anda rasa bengang bila setiap bulan tanpa culas anda membayar bil wi-fi namun apabila hendak digunakan, line menjadi lambat dan tidak boleh digunakan.
Banyak faktor sebenarnya kenapa peranti Wi-fi anda tidak lancar. Jika tidak kerana faktor cuaca dan teknikal, salah satu kemungkinan besar adalah kerana peranti Wi-fi anda telah digunakan oleh orang lain tanpa pengetahuan anda.
Amboi, bijak buat kerja ya.
Namun jangan berasa bengang lama-lama. Kali ini kami ingin kongsikan kepada anda bagaimana untuk mengesan sama ada peranti Wi-Fi anda sedang digunakan oleh orang lain ataupun tidak. Baca sampai habis okay?

#1 Periksa status lampu router Wi-Fi
Pertama sekali tutup atau set gajet anda kepada mod kapal terbang. Kemudian periksa status lampu router Wi-Fi.
Untuk pengatahuan anda, apabila tiada gajet yang connect dengan Wi-Fi, lampu di router tidak akan berkelip. Tapi kalau masih juga berkelip, maksudnya ada orang sedang menggunakan Wi-Fi anda.
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
#2 Muat turun aplikasi imbas Wi-Fi
Seterusnya anda juga boleh tahu Wi-Fi ‘dicuri’ dengan memuat turun aplikasi imbas Wi-Fi. Tujuan aplikasi ini adalah untuk scan rangkaian dan memberikan senarai gajet yang connect dengan Wi-Fi anda.

Kami mengesyorkan anda untuk memuat turun aplikasi WiFi Guard kerana aplikasi ini memberikan anda senarai gajet yang sedang connect dengan peranti wi-fi anda. Jadi anda boleh semak sama ada gajet tidak dikenali turut menggunakan Wi-Fi anda.
WiFi Guard: Android [TEKAN SINI]
#3 Log in ke panel kawalan admin
Sekiranya cara #1 dan #2 tidak berjaya dilakukan, anda boleh cuba langkah terakhir ini iaitu log in ke panel kawalan admin di internet. Cara-caranya adalah:
- Username admin: Kebiasaannya ramai yang akan mengekalkan username yang sama iaitu “Admin” selepas pasang Wi-Fi. Untuk keselamatan dan elak daripada ‘dicuri’, tukar username admin kepada nama lain seperti nama anda, pasangan atau apa sahaja.
- Kata laluan: Jika kamu tidak pernah menukar kata laluan dalam jangka masa yang lama, silalah tukar kata laluan dengan segera. Lebih baik kalau tukar 2 kali setahun.
Tips: Cara elak Wi-Fi ‘dicuri’
Kalau anda lihat ada beberapa gajet yang sedang connect dengan Wi-Fi anda, ada dua cara untuk ‘buang’ mereka iaitu;
- Bila ternampak pengguna tidak dikenali dalam aplikasi imbas Wi-Fi atau panel kawalan admin, anda perlu tekan entri untuk peranti tersebut. Kemudian pilih sama ada untuk block, ban atau eject peranti itu.
- Seperti yang dikongsi di atas, anda boleh elak Wi-Fi daripada ‘dicuri’ dengan menukar kata laluan yang lebih rumit atau hanya anda sahaja yang tahu.
Jika sudah terlalu lama anda rasa peranti Wi-Fi anda menjadi semakin perlahan, segeralah lakukan langkah-langkah di atas ini ya. Semoga bermanfaat!