Advertisements

Cara Pergi Ke Hat Yai Menggunakan Keretapi & Kereta

Advertisements

Bagi yang merancang untuk bercuti, salah satu destinasi yang mungkin boleh dipertimbangkan untuk melancong adalah Hat Yai menaiki keretapi atau kereta.

Hat Yai merupakan bandar di Selatan Thailand dan berdekatan dengan sempadan Malaysia yang mana jarak Padang Besar di Perlis dan Hat Yai hanya 54 km sahaja!

Oleh sebab itulah, kebanyakan rakyat Malaysia menjadikan bandar ini sebagai salah satu destinasi melancong mereka selain bandar ini mempunyai banyak destinasi menarik.

Destinasi Menarik

Antara destinasi menarik di bandar ini adalah seperti:

  • Hat Yai Municipal Park
  • Hat Yai Cable Car
  • Hat Yai Floating Market 
  • Central Festival Mall
  • Muzium Magic Eye 3D
  • Namtok Ton Nga Chang
  • Greenway Night Market
  • Hatyai Ice Dome
  • Wat Hat Yai Nai

Cara Pergi Menggunakan Keretapi

Untuk pergi menggunakan keretapi, sila ikuti langkah-langkah ini untuk panduan.

  1. Ambil train ETS ke Padang Besar.
  2. Setelah sampai ke stesen Padang Besar, beli tiket keretapi ke Hat Yai (kaunter tiket dibuka 9.00 pagi dan 2.30 petang sahaja).
  3. Scan QR code yang ada di stesen keretapi tersebut untuk isi Health Declaration Form.
  4. Upload sijil vaksin dalam sistem tersebut sehingga generate 1 QR code.
  5. Tunjuk QR code tersebut kepada pegawai kesihatan Thailand.
  6. Isi Arrival Card (dapatkan melalui polis yang meronda di sana).
  7. Pergi ke Imigresen.
  8. Naik keretapi setelah semua selesai.

Cara Pergi Menggunakan Kereta

Untuk memasuki Thailand menggunakan kereta, orang ramai boleh memasuki negara tersebut menggunakan pintu sempadan di Bukit Kayu Hitam untuk ke bandar tersebut.

Pastikan dokumen-dokumen berikut dibawa untuk urusan imigresen:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Passport
  2. Sijil vaksinisasi
  3. Geran kereta original (mesti atas nama sendiri)
  4. Insurans kereta yang dibeli

Sumber: Facebook https://www.facebook.com/ktmberhad

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.