Advertisements

Cara Permohonan Bantuan Banjir RM200 Sebulan Di Pahang

Advertisements

Bantuan Banjir RM200 sebulan selama 6 bulan di Pahang akan disalurkan kepada mangsa banjir yang kehilangan kediaman dalam bencana itu bagi meringankan beban mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata bantuan berkenaan akan diberikan kepada ketua isi rumah untuk digunakan bagi memulakan hidup selepas bencana itu.

Dalam pada itu, Kerajaan negeri sedang mengumpulkan data melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pejabat daerah mengenai mereka yang kehilangan kediaman dalam banjir ini.

Bantuan tersebut diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sendiri ketika menghadiri program penyerahan bantuan wang ihsan sebanyak RM1,000 daripada Kerajaan Persekutuan dan RM500 daripada Kerajaan Pahang serta bantuan bakul makanan kepada 77 Ketua Isi Rumah (KIR) di PPS SMK Dato’ Mahmud Mat, PPS SK Pulau Serai, PPS Kampung Ganchong Hulu, dan PPS SMK Ubai.

Ini merupakan satu lagi usaha murni dari Kerajaan Pahang demi membela nasib rakyat yang terkesan.

Kadar Bantuan Banjir

Mereka yang layak akan menerima RM200 sebulan untuk enam bulan.

Baca juga: LHDN Beri Penangguhan Bayaran Cukai Bagi Mangsa Banjir

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cara Permohonan Bantuan Banjir Di Pahang

Prosedur dan cara permohonan bantuan banjir bagi mangsa-mangsa terjejas di negeri Pahang.

  1. Bagi memudahkan mangsa yang terjejas membuat pendaftaran dan proses penyaluran bantuan kepada mangsa yang tidak berpindah, borang boleh diperolehi dan dihantar terus melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat.
  2. Borang pendaftaran juga boleh dimuat turun di sini manakala senarai JPKK di pautan ini.
  3. Selain itu, Dokumen boleh dimuat turun melalui menu Pengumuman di Portal Rasmi Negeri Pahang.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan JPKK di daerah masing-masing melalui pautan ini.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.