Advertisements

Cara Pos Barang Ninja Van & Harga Postage Mengikut Berat

Advertisements

Untuk anda yang memiliki perniagaan dan sering menggunakan perkhidmatan kurier, anda boleh menyenak harga postage Ninja Van berpandukan panduan yang disediakan di laman web mereka.

Ninja Van merupakan syarikat logistik yang diasaskan di Singapura. Ditubuhkan pada tahun 2014, syarikat ini terlibat dalam logistik dan penghantaran pakej terakhir. 

Ninja Van mempunyai gudang penyortiran di negara-negara ASEAN termasuk Singapura, Indonesia, Malaysia dan Vietnam.

Syarikat ini cepat meningkat naik kerana pihak Ninja Van banyak menjalinkan kerjasamam strategik dengan beberapa firma e-dagang ASEAN termasuk Lazada Alibaba Group, Tokopedia Indonesia dan Shopee Sea Ltd.

Penghantaran dengan “Ninja Pack” 

Cara paling mudah adalah menggunakan Ninja Pack dimana penjual boleh membeli bungkusan bersaiz tertentu dan caj yang dikenakan adalah kadar rata tanpa mengira berat barangan yang dihantar asalkan muat dalam bungkusan Ninja Pack.

Di Malaysia, terdapat banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan kurier barangan ke seluruh Malaysia dan antara yang semakin popular adalah Ninja Van.

Kelebihan menggunakan Ninja Pack 

  • Boleh beli Ninja Pack secara online atau di lokasi Ninja Points terdekat di seluruh negara
  • Bungkus Ninja Pack anda dan daftar penghantaran baranga anda secara online
  • “Drop off” sahaja Ninja Pack anda di Ninja Points yang berdekatan
  • Mula menjejaki Pek Ninja anda dengan ID Penjejakan yang dicetak dalam masa 24 jam selepas menghantarnya

Kadar caj semasa Ninja Pack

Kadar postage mengikut berat

Selain daripada pakej Ninja Pack yang menghadkan saiz barangan yang dihantar, anda juga boleh menghantar barangan ke seluruh Malaysia dengan menggunakan membayar postage penghantaran berdasarkan berat barangan yang dihantar.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Penghantaran dalam Semenanjung Malaysia 

Berikut merupakan kadar semasa yang dikenakan oleh pihak Ninja Van bagi setiap kiloogram yang dihantar:

Penghantaran dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak 

Berikut merupakan kadar semasa yang dikenakan oleh pihak Ninja Van bagi setiap kilogram yang dihantar:

Walau bagaimanapun, sekiranya anda hendak mengetahui lebih lanjut mengenai kadar penghantar antara kawasan yang dinyatakan di atas, boleh hubungi pihak Ninja Van di [email protected] atau hbungi di talian +60 111 722 5600.

Selain itu, untuk maklumat lanjut harga postage Ninja Van, boleh layari halaman Price Estimage.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.