Advertisements

Cara Refund Duit Kad Touch n Go Yang Rosak, Hilang, Expired

Advertisements

Rata-rata rakyat Malaysia pasti memegang kad Touch n Go untuk kegunaan seharian, lebih-lebih mereka yang selalu mengembara menggunakan lebuh raya, menggunakan kemudahan awam dan parkir di bandar-bandar.

Namun adakala terjadi kejadian di mana anda terlupa meletakkan kad anda, atau secara tiba-tiba kad anda rosak dan tidak boleh digunakan. Selain itu, pasti tidak ramai yang tahu kad Touch ‘n Go yang anda miliki sebenarnya mempunyai jangka hayat selama 10 tahun sahaja.

Jadi apabila perkara ini terjadi, terpaksalah anda membeli kad baru dan beranggapan wang di dalam kad yang telah hilang tadi dikira ‘burn’.

Namun, tahukah anda sebenarnya anda boleh mendapatkan kembali wang di dalam kad anda yang lama?

Ya! Caranya ialah dengan mendaftarkan kad anda dengan MyTouchnGo Portal. Selain daripada boleh menyemak berapa baki kad, anda juga boleh mendapatkan kembali wang dalam kad lama anda.

Di sini kami kongsikan cara refund duit kad Touch n Go untuk kad yang rosak, hilang atau dah expired.

Baca juga: Bantuan Musim Tengkujuh (BMT RISDA) Fasa 2 Bulan Disember 2021

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cara Refund Duit Kad Touch n Go

  1. Perkhidmatan e-Refund Touch ‘n Go ditawarkan kepada pelanggan yang telah mendaftarkan kad mereka di MyTouchnGo Portal.
  2. Jika anda merupakan pelanggan baru atau pelanggan yang sedia ada yang masih belum mendaftar, sila daftar terlebih dahulu di sini.
  3. Setalah mendaftar kad Touch ‘n Go anda di MyTouchnGo Portal, anda boleh mengurus kad anda dengan melihat transaksi anda, semak e-penyata anda, kemas kini maklumat peribadi anda dan mendapat balik baki jika kad anda hilang atau dicuri.
  4. Sekiranya berlaku kerosakan kad, kad hilang atau dicuri, anda boleh memohon pengembalian wang melalui e-Refund.
  5. Pembayaran e-Refund akan dikreditkan ke akaun pilihan anda dengan syarat berikut:
    • Pemegang Akaun Malaysia
      • Sila pastikan Nama Pemilik Bank Akaun dan ID Pelanggan sama dengan butiran pemilik kad berdaftar.
      • * Pembayaran e-Refund ke Akaun Pihak Ketiga tidak dibenarkan.
    • Pemegang Akaun Asing
      • Pembayaran kepada akaun bank asing akan dibuat melalui Pindahan Telegraf (TT).
      • Sila pastikan nama Pemegang Akaun bank, Nombor Akaun Bank, Nama Bank, Alamat Bank dan Swift Code sama dengan butiran pemilik kad berdaftar.
      • * Pembayaran e-Refund kepada Pemegang Akaun Asing hanya buat jumlah bayaran balik melebihi RM100.
    • Touch ‘n Go eWallet
      • Sila pastikan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon yang didaftar di MyTouchnGo Portal sama dengan butiran di akaun Touch ‘n Go eWallet yang telah disahkan.
      • * Pembayaran e-Refund ke Touch ‘n Go eWallet hanya buat akaun Touch ‘n Go eWallet yang telah disahkan.
  6. Permohonan e-Refund kad Touch ‘n Go anda akan diproses dalam tempoh (30) hari bermula daripada tarikh penghantaran borang e-Refund oleh pelanggan.
  7. Bagi permohonan e-Refund buat kad Touch ‘n Go yang hilang atau dicuri, jumlah pembayaran balik baki kad adalah berdasarkan kepada jumlah nilai yang direkodkan pada tarikh permohonan e-Refund tersebut.

Maklumat Lanjut

Bagi bantuan selanjutnya, sila hubungi :

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.