Advertisements

Cara Reset Kata Laluan MySejahtera

Advertisements

MySejahtera merupakan aplikasi yang diprogramkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Aplikasi MySejahtera boleh dimuat turun di Google Playstore, App Store, Apps Gallery dan GAMMA secara percuma dan mudah.

Walau bagaimanapun, pengguna sering terlupa kata laluan untuk log masuk ke dalam aplikasi MySejahtera.

Disini kami ingin kongsikan 3 cara untuk reset kata laluan MySejahtera bagi membantu pengguna menyelesaikan masalah tersebut.

Baca juga: Cara Daftar Vaksin Untuk Ahli Keluarga / Orang Lain Melalui MySejahtera

1. Cara Reset Kata Laluan MySejahtera Melalui SMS

  • Buka aplikasi MySejahtera
  • Klik Forgot Password
  • Di ruangan Mobile Number, sila masukkan nombor telefon anda.
  • Selepas anda memasukkan nombor telefon, akan keluar maklumat Reset password link has been sent. Kindly check your SMS for further instructions
  • Klik Done.
  • Semak SMS yang dihantar oleh MySejahtera, Klik link/pautan yang ada dalam SMS tersebut.
  • Select your new password and enter it below: Masukkan kata laluan baru di ruangan New Password.
  • Sahkan kata laluan tadi di ruang Re-enter Password.
  • Tekan Reset Password.
  • Tahniah, anda berjaya tukar password lama dengan yang baru.

2. Cara Reset Kata Laluan MySejahtera Melalui Email

  • Buka aplikasi MySejahtera
  • Klik Forgot Password
  • Di ruangan Email Address, sila masukkan alamat emel Anda
  • Selepas anda memasukkan nombor telefon, akan keluar maklumat Reset password link has been sent. Kindly check your email for further instructions
  • Klik Done.
  • Semak emel yang dihantar oleh MySejahtera, Klik link yang ada dalam emel tersebut.
  • Select your new password and enter it below: Masukkan kata laluan baru di ruangan New Password.
  • Sahkan kata laluan tadi di ruang Re-enter Password.
  • Tekan Reset Password.
  • Tahniah, anda berjaya tukar password lama dengan yang baru.

Baca juga: Vaksinasi Walk-In PPV Lembah Klang Bermula 2 Ogos

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

3. Cara Reset Kata Laluan MySejahtera Melalui Helpdesk

  • Klik link ini: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help
  • Klik Bahasa Melayu.
  • Tekan butang Mula.
  • Di bahagian MySejahtera: Bagaimana kami boleh membantu anda?
  • A Saya tidak dapat mendaftar
  • B Saya tidak boleh log/akses masuk ke aplikasi
  • C Saya menghadapi masalah untuk mengimbas kod QR/ daftar masuk
  • D Saya ingin bertanya mengenai kategori risiko / penilaian kesihatan
  • E Saya ingin mengemaskini maklumat peribadi
  • F Saya telah disahkan positif COVID 19 positif dan sedang menunggu untuk dihubungi oleh KKM
  • G Saya perlu maklumat mengenai VAKSIN – COVID 19
  • H Hal-hal lain?
  • Klik atau Pilih B (Saya tidak boleh log/akses masuk ke aplikasi)
  • Akan keluar beberapa pilihan lain. MySejahtera akan memberikan solusi.
  • Sekiranya masih lagi tidak menjawab persoalan, klik Ia tidak berfungsi.
  • Sila masukkan nombor telefon atau email supaya pihak My Sejahtera boleh menghubungi Anda. Klik Hantar.

Sekiranya tidak berjaya untuk reset kata laluan MySejahtera, anda boleh hubungi khidmat pelanggan MySejahtera untuk menyelesaikan masalah anda.

Semoga perkongsian kami ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Sumber: MySejahtera Malaysia

Baca juga: Cara Mohon Tuntutan Perjalanan Rawatan Perubatan Pesara Kerajaan

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.