Advertisements

Cara Scan Dokumen Guna Telefon Pintar Android Dan iOS

Advertisements

Ada kalanya apabila kita berurusan dengan orang lain seperti pembelian rumah dan ianya memerlukan anda untuk scan dokumen penting dan perlu dihantar segera kepadanya.

Bagi yang tiada scanner dirumah, pekara ini sangat membebankan kerana mereka perlu ke pusat komputer untuk scan dokumen penting dan dihantar ke pihak tersebut.

Bukannya tidak boleh mengambil gambar dokumen tersebut dengan telefon dan menghantarnya terus, tetapi kebiasaannya hasilnya kurang menarik dan dilihat kurang formal.

Selain itu, format gambar itu sendiri selalunya akan disimpan dalam format jpg, jpeg atau png. Malah jika anda imbas atau scan dokumen tersebut, format itu akan disimpan di dalam PDF dan senang untuk mencari nya.

Kini anda boleh scan dokumen hanya dengan menggunakan telefon pintar tidak kira sama ada anda pengguna telefon pintar Android atau iOS.

Sebenarnya terdapat beberapa aplikasi yang membolehkan anda untuk scan dokumen guna telefon anda.

Baca juga: Cara Nak Tahu Wi-fi Anda Sedang Dicuri, Ikuti Langkah Ini

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

2 Cara Scan Dokumen Guna Telefon Pintar

1. Scan Guna iOS – Aplikasi Notes

Bagi pengguna ios anda sangat beruntung kerana tidak perlu memuat turun sebarang aplikasi untuk scan dokumen kerana ianya sudah tersedia didalam telefon pintar anda (iphone).

Berikut adalah cara untuk scan dokumen dengan menggunakan iphone.

  • Buka aplikasi Notes
  • Kemudian buat nota baharu
  • Klik ikon Kamera
  • Kemudian pilih Imbas Dokumen (Scan Documents)
  • Letakkan kamera telefon di atas dokumen.
  • Aplikasi ini akan memfokus dan menangkap imej secara automatik, tetapi anda juga boleh melakukannya secara manual
  • Selepas anda mengimbas halaman, gunakan fungsi “crop”.
  • Klik “Keep Scan” untuk meneruskan.
  • Ulangi proses ini untuk semua halaman yang ingin anda scan.
  • Apabila anda selesai, pilih Simpan (Save).

2. Scan Guna Android – Aplikasi Google Drive

Bagi pengguna Android pula, anda tidak diberi kemudahan untuk scan dokumen tanpa aplikasi.

Anda perlu memuat turun aplikasi Google Drive di telefon andoid anda untuk scan dokumen.

Berikut adalah cara untuk scan dokumen dengan menggunakan telefon android.

  • Buka Google Drive dan klik simbol +
  • Di bawah tab Cipta Baharu (Create New)
  • Pilih Imbas (Scan)
  • Letakkan kamera telefon di atas dokumen dan klik butang shutter apabila anda bersedia untuk menangkap imej
  • Klik tanda semak untuk menyimpan dokumen yang sudah di scan atau anak panah belakang untuk mengambilnya semula
  • Klik simbol + untuk mengimbas lebih banyak imej atau Simpan (Save) untuk memuat naik dokumen anda ke Google Drive.
  • Terdapat juga pilihan untuk crop, sunting dan pelbagai fungsi lain
  • Apabila anda selesai mengimbas dokumen anda, masukkan nama fail untuk PDF baru anda dan pilih folder untuk menyimpannya.
  • Kemudian, klik Simpan (Save).

Baca juga: Cara Semak Kadar Nadi Dan Nafas Dengan Kamera Smartphone

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements