Advertisements

Cara Semak Daftar Pilihan / Pengundi SPR 2022 Secara Online

Advertisements

Tahukah anda, pendaftaran pengundi baru dan pertukaran alamat kawasan mengundi kini boleh dilakukan melalui portal MySPR Daftar dengan mudah secara atas talian tanpa perlu ke pejabat rasmi.

Ini semestinya sangat menjimatkan masa dan lebih mudah bagi pegundi untuk mendaftar.

Disini kami ingin berkongsikan kepada anda cara semak daftar pilihan dan pengundian SPR 2022 secara online.

Baca juga: Permohonan URUS Dilanjutkan Sehingga Akhir Bulan Mac 2022

Daftar Pemilihan Tambahan Bulan 12/2021 boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut:

This image has an empty alt attribute; its file name is image-32-1024x384.png

Tempoh Semakan

Tempoh Semakan:

  • 14/1/2022- 13/7/2022

Pemilih Di Luar Negara:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Sila buat SEMAKAN butiran peribadi, dan
  • Mendaftar sebagai Pengundi Secara Pos setelah pengumuman dibuat oleh SPR.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah antara syarat kelayakan pendaftaran pilihan raya:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas.
  • Bermastautin di kawasan pilihan raya yang ingin didaftarkan
  • Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang pihak berkuasa.

Cara Semakan Daftar Pemilih Online (MySPRSemak)

Berikut adalah langkah semakan untuk pemohon yang sudah mendaftar tetapi ingin membuat semakan:

  • Pergi ke Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my; atau https://mysprsemak.spr.gov.my;
  • Isikan nombor kad pengenalan dan kod Captcha yang dipaparkan.
  • Tekan butang ‘Semak’.
  • Maklumat peribadi dan kawasan mengundi akan dipaparkan dengan terperinci.
  • Cetak dan simpan maklumat untuk rujukan.

Cara Daftar Mengundi Online Melalui Portal MySPR DAFTAR

Kini anda boleh membuat semakan, pendaftaran atau memohon pertukaran alamat kawasan mengundi melalui portal MySPR DAFTAR hanya dengan 3 langkah mudah sahaja;

Langkah 1: Permohonan Akaun Pengguna

  • Layari laman web https://mysprdaftar.spr.gov.my/
  • Klik pada ‘Permohonan Akaun Baru’. Untuk membuka akaun MySPR Daftar, sila sediakan beberapa maklumat tambahan seperti berikut:
    • Nombor telefon bimbit yang sah
    • Emel yang sah
    • Gambar depan kad pengenalan
    • Gambar swafoto bersama kad pengenalan
  • Permohonan diproses pada hari yang sama jika borang permohonan dihantar pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari hari bekerja.
  • Manakala bagi permohonan yang dihantar selepas jam 12.00 tengahari hari bekerja atau hari cuti termasuk Hari Kelepasan Am, akan diproses pada hari bekerja berikutnya.
  • Pegawai SPR akan semak pendaftaran akaun secara manual.
  • Pastikan maklumat disahkan benar dan satu emel pengaktifan akaun akan dihantar ke emel anda.
  • Sila rujuk gambar di bawah bagi panduan memuatnaik gambar swafoto dan kad pengenalan;

langkah 2: Pengaktifan Akaun Pengguna

  • Apabila maklumat permohonan telah disahkan, anda boleh login MySPR Daftar untuk mengisi borang pendaftaran pemilih secara online.
  • Log masuk dengan menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.

Langkah 3: Isi Borang A

  • Apabila telah berjaya log masuk, klik ‘Status Saya’.
  • Sekiranya anda belum didaftar sebagai pemilih, klik Borang A (Pendaftaran Baru / Pertukaran Alamat).
  • Isi kesemua maklumat yang diminta kemudian klik pada butang ‘Hantar’.

Cara Mengamaskini Alamat Mengundi Pada Mykad

Nota: Pengemaskinian alamat pada MyKad boleh dilakukan dengan hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran dengan membawa dokumen sokongan yang berkaitan dalam bentuk asal.

Baca juga: Cuti Sekolah 9 Mei & Tarikh Penting Pilihan Raya Umum Ke-14

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.