Advertisements

Cara Semak Jumlah Belanja Di Shopee

Advertisements

Pernah tak anda semak jumlah belanja di Shopee anda sendiri? Mesti tak pernah kan? Kami boleh jangkakan jumlah perbelanjaan di Shopee pasti mencecah ribuan ringgit.

Apatah lagi di zaman pandemik ini rata-rata antara kita memilih untuk membeli apa-apa barangan melalui platform jual beli online seperti Shopee, Lazada, FB Marketplace dan banyak lagi.

Membeli secara online sememangnya ada baiknya keranaianya mendidik rakyat menjalani kehidpan seiring dengan perkembangan teknologi serta lebih selamat lebih-lebih lagi diwaktu wabak melanda ini.

Namun, ianya tetap ada keburukanya apabila perbelanjaan tidak dikawal membuatkan ada antara kita membeli barangan tanpa mengutamakan kemahuan berbanding keperluan.

Melalui hantaran yang dibuat di laman Twitter oleh @faizedzahar berkongsi cara semak jumlah belanja di Shopee.

Baca juga: Kemaskini Cara Tebus Baucar Pelancongan Kita Selangor 2.0 Di Shopee

LANGKAH 1

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Muat turun kod seperti di bawah untuk pengiraan jumlah perbelanjaan akaun Shopee. Anda boleh muat turun di laman GitHub dan tekan butang copy seperti gambar di bawah.

LANGKAH 2

Log masuk akaun Shopee anda menggunakan Google Chrome di komputer atau laptop.

LANGKAH 3

Selepas log masuk akaun Shopee anda, anda klik kanan tetikus anda di mana-mana halaman Shopee dan pilih inspect. Kemudian klik pada tab console.

LANGKAH 4

Di paparan console anda paste kod yang telah di copy tadi dan tekan enter. Kod tadi akan membuat pengiraan dan mengambil masa minit.

LANGKAH 5

Setelah kod tadi selesai membuat pengiraan, anda boleh melihat senarai setiap barang yang telah dibeli secara automatik dan jumlah keseluruhan juga boleh dilihat pada bahagian bawah.

Menurut Faizedzahar, beliau sendiri terkejut kerana telah berbelanja sebanyak RM35,902.78 sepanjang menggunakan aplikasi Shopee. Anda juga boleh menyemak perbelanjaan anda di Shopee melalui cara yang dikongsi oleh Faizedzahar di atas.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.