Advertisements

Cara Semak Kadar Nadi Dan Nafas Dengan Kamera Smartphone

Advertisements

Jika nak dibandingkan dengan zaman dahulu, untuk mengetahui denyutan nadi, perlu pergi ke Klinik atau hospital. Namun, dengan kecanggihan teknologi zaman ini, boleh dikatakan setiap individu memiliki jam tangan pintar boleh menyemak kadar nadi anda sendiri.

Terbaharu, dengan muat turun aplikasi Google Fit untuk iOS, kini anda juga boleh menyemak kadar denyutan nadi anda dan juga kadar pernafasan dengan mudah melalui penggunaan kamera iPhone sahaja.

Untuk menyemak kadar denyutan nadi anda melalui aplikasi Google Fit ini, anda hanya perlu aktifkan aplikasi dan meletakkan jari pada sensor kamera iPhone di belakang.

Untuk menyemak kadar penafasan pula, anda perlu menggunakan kamera hadapan iPhone anda. Kemudian, Google akan mengimbas gerakkan dada anda dan menyemak kadar pernafasan anda.

Keputusan kadar nadi dan kadar penafasan akan dipaparkan di skrin iPhone anda. Apa yang menarik, untuk menggunakan ciri ini, anda tidak memerlukan capaian sambungan internet.

Namun begitu, Google menyatakan keputusan ini tidak boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan diagnosis.

Baca juga: Sebab Kena Ada Pulse Oximeter Untuk Kegunaan Di Rumah

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Langkah-langkah Semak Kadar Nadi

  1. Buka aplikasi Google Fit.
  2. Di bahagian bawah, klik “Home”.
  3. Scroll ke bahagian “Heart Rate” dan klik “Add +”.
  4. Sentuh dan pegang perlahan jari anda pada lensa kamera belakang. Ikut arahan pada skrin dan kekalkan tangan anda.
  5. Aplikasi ini berfungsi baik di dalam bilik yang terang. Jika anda berada di ruang yang bercahaya malap, halakan kamera anda ke sumber cahaya atau hidupkan lampu suluh telefon anda. Dalam aplikasi Google Fit, di bahagian bawah sebelah kanan, klik “Torch Light”.
  6. Klik “Save”.

Tips: Pastikan tangan anda hangat. Aliran darah di jari anda berkurangan apabila tangan anda sejuk, dan boleh menyebabkan isyarat lemah.

Langkah-langkah Semak Kadar Nafas

  1. Buka aplikasi Google Fit.
  2. Di bahagian bawah, ketik “Home”.
  3. Scroll ke “Respiratory Rate” dan klik “Add +”.
  4. Letakkan diri anda dalam bingkai kamera, ikut arahan pada skrin dan kekal diam.
  5. Bernafas seperti biasa sehingga penjejakan selesai.
  6. Klik “Save”.

Petua: Untuk hasil terbaik, duduk dan sandarkan telefon anda untuk mengurangkan pergerakan.

Muat Turun Aplikasi Google Fit

Bagi anda yang menggunakan iPhone, boleh mengemaskini aplikasi Google Fit anda, dan menikmati ciri baharu ini hari ini.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.