SAPS merupakan singkatan bagi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjadikan laporan markah peperiksaan pelajar lebih teratur.
Setiap guru mempunyai akses untuk memasukkan markah ke dalam aplikasi SAPS.
Manakala untuk ibu bapa pula boleh membuat semakan prestasi markah anak-anak mereka melalui sistem SAPS Semakan Ibu Bapa.
Baca juga: Senarai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Mengikut Negeri Di Malaysia
CARA SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MELALUI SAPS IBU BAPA
Semakan SAPS Ibu Bapa boleh dibuat di laman portal KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
- Log masuk ke laman web https://sapsnkra.moe.gov.my/
- Klik pada Menu Semakan Ibu Bapa

- Kemudian isikan maklumat pelajar untuk semak slip peperiksaan pelajar
CARA UNTUK MEMBUAT SEMAKAN SLIP PELAJAR
- Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar. Pastikan maklumat yang dimasukkan itu tanpa tanda atau space.
- Kemudian, masukkan maklumat pelajar dan sekolah terkini atau sekolah sebelum ini jika ada.
- Pastikan negeri, daerah dan nama sekolah adalah betul anda masukkan.
- Klik semak.
- Kemudian, keputusan peperiksaan anda akan dipaparkan,

GRED PERSEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
Disini kami kongsikan gred pemarkahan sekolah rendah dan menengah.
GRED SEKOLAH RENDAH
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
- 80-100 Gred A Cemerlang
- 65-79 Gred B Baik
- 50-64 Gred C Memuaskan
- 40-49 Gred D Mencapai Tahap Minimum
- 0-39 Gred E Belum Mencapai Tahap Minimum
- TH Tidak Hadir
GRED SEKOLAH MENENGAH RENDAH
- 85-100 Gred A Cemerlang
- 70-84 Gred B Kepujian
- 60-69 Gred C Baik
- 50-59 Gred D Memuaskan
- 40-49 Gred E Mencapai Tahap Minimum
- 0-39 Gred F Belum Mencapai Tahap Minimum
- TH Tidak Hadir
GRED SEKOLAH MENENGAH ATAS
- 90-100 Gred A+ Cemerlang Tertinggi
- 80-89 Gred A Cemerlang Tinggi
- 70-79 Gred A- Cemerlang
- 65-69 Gred B+ Kepujian Tertinggi
- 60-64 Gred B Kepujian Tinggi
- 55-59 Gred C+ Kepujian Atas
- 50-54 Gred C Kepujian
- 45-49 Gred D Lulus Atas
- 40-44 Gred E Lulus
- 0-39 Gred G Gagal
- TH Tidak Hadi
TAKWIM KEMASUKAN MARKAH PEPERIKSAAN 2022
Di bawah pula merupakan takwim yang digunakan untuk memasukkan markah peperiksaan 2022 ke dalam sistem SAPS Ibu Bapa.
Jadi berpandukan takwim ini, ibu bapa boleh membuat semakan SAPS mengikut jadual yang disediakan tahun ini.
- Ujian Awal Tahun
- Tahun 6/Tingkatan 5:
- Peperiksaan Pertengahan Tahun
- Tahun 6/Tingkatan 5:
- Peperiksaan Percubaan
- Tahun 6:
- Tingkatan 5:
- Peperiksaan Akhir Tahun
- Tahun 5/Tingkatan 4: –
Namun begitu, tarikh pengisian markah peperiksaan adalah tertakluk kepada takwim yang dikeluarkan oleh KPM dan sebarang pindaan yang dilakukan.
Semoga perkongsian ini boleh membantu anda untuk semak keputusan peperiksaan anak-anak anda.
Baca juga: Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2021 (SPZAS)