Advertisements

Cara Semak Penyata Pencen Persaraan Kerajaan 2022 & Kenaikan 2%

Advertisements

Kepada pesara kerajaan, mulai Januari 2022 kadar bulanan bayaran pencen akan naik sebanyak 2% daripada kadar pencen yang diterima pada bulan Disember tahun sebelumnya (2021).

Jadi sudah semestinya para pesara kerajaan yang menerima pencen ingin mengetahui berapa jumlah pencen 2% tersebut.

Disini, dikongsikan cara untuk membuat semakan penyata pencen secara online bagi pesara kerajaan serta cara kiraan kadar kenaikan 2%.

Baca juga : BUDI Sabah : Bantuan Tunai Pendaftaran IPT 2022 Sehingga RM2,000

Panduan Dan Semakan Penyata Pencen

Cara-cara untuk membuat semakan penyata pencen online adalah seperti berikut :

  1. Layari laman web Portal rasmi Bahagian Pencen di pautan http://www.jpapencen.gov.my/
  2. Klik pada “Cetakan Penyata Pencen”

Cara Semak Penyata Pencen

Berikut adalah langkah-langkah untuk menyemak penyata pencen :

  1. Sila layari laman web https://apps.jpapencen.gov.my/penyatabayaran untuk membuat semakan penyata bayaran pencen.
  2. Kemudian isi maklumat dengan betul.
    • No. Kad Pengenalan tanpa (-).
    • No. Akaun Pencen.
  3. Klik pada petak “Saya Bukan Robot”
  4. Klik “Hantar”
  5. Maklumat penyata pencen anda akan dipaparkan.

Nota : Untuk mendapatkan No. Akaun Pencen anda, sila buat semakan status permohonan persaraan terlebih dahulu.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cara Semak Status Persaraan

Berikut adalah cara semak status permohanan persaraan :

  1. Sila layari laman web https://apps.jpapencen.gov.my/semakanstatuspermohonan untuk membuat semakan status persaraan.
  2. Isikan No.Kad Pengenalan tanpa (-) dengan betul.
  3. Klik “Hantar”.
  4. Maklumat status permohonan anda akan dipaparkan.

Cara Kira Kenaikan Pencen 2% Pesara

Untuk makluman, setiap persara kerajaan akan mendapat 2% kenaikan pencen daripada kadar pencen yang diterima pada bulan Disember tahun sebelumnya (2021).

Mulai bulan Januari 2022, semua pesara akan menikmati kenaikan pencen 2%.

Sekiranya anda ingin mengetahui cara untuk membuat penggiraan kenaikan pencen sebanyak 2%, berikut adalah contoh pengiraan kenaikan pencen sebanyak 2% :

CONTOH PENGIRAAN

  • Kadar pencen bulan Disember 2021: RM3,000
  • Kenaikan adalah 2% atau 2/100 atau 0.02 dari pencen bulan Disember.
  • Pencen bulan Januari 2022 :
    • RM3,000 + (0.02 x RM3,000)
    • Jadi, RM3,000 + RM60 (2% kenaikan)
  • MAKA, Bayaran Pencen terbaru bagi bulan Januari 2022 ialah RM3,060.

Jadual Pembayaran Pencen 2022

Berikut adalah jadual pembayaran pencen bagi tahun 2022 :

Maklumat Lanjut

sebarang maklumat lanjut mengenai semakan penyata pencen pesara kerajaan, sila layari laman web rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA di pautan http://www.jpapencen.gov.my/

Baca juga : Kemasukan GMI Peringkat Diploma Bagi Ambilan Julai 2022 Kini Dibuka

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.