Sebelum membuat perjalanan ke luar negara, anda disarankan untuk membuat semakan status sekatan perjalan terlebih dahulu di Jabatan Imigresen agar tidak berlakunya permasalahan semasa perjalanan ke luar negara.
Bagi yang ingin membuat semakan status senarai hitam anda boleh ke Laman web SPPI.
Ini adalah untuk kemudahan warganegara Malaysia yang ingin menyemak status dokumen perjalanan dan perjalanan ke luar negara.
Berikut dikongsikan cara membuat semakan melalui sistem ini.
Baca juga: Cara Mematikan Duti Setem LHDN
Apakah Yang Perlu anda Lakukan Jika Dikenakan Senarai Hitam?
- Semak Tunggakan
- Runding Dan Bayar
- Semak Status Senarai Hitam

Semakan Status Perjalanan Imigresen Secara Manual Dan Online
Berikut merupakan semakan secara manual dan online yang boleh anda lakukan untuk membuat semakan status perjalan Imigresen:
1. Semakan Secara Manual
Untuk semakan secara manual, terdapat beberapa Kios Prasemakan Status Perjalanan Imigresen telah ditempatkan berhampiran kaunter daftar masuk penerbangan.
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Ini adalah untuk memudahkan para penumpang membuat semakan sebelum keluar negara.

2. Semakan Online Status Perjalanan Imigresen
Semakan boleh dibuat secara online dengan melayari laman web rasmi Sistem Semakan Perjalanan Imigresen (SPPI).
Berikut adalah cara-cara untuk membuat semakan status perjalanan:
- Semakan status perjalanan boleh dibuat di pautan ini: https://sspi.imi.gov.my/SSPI
- Sila masukkan No Kad Pengenalan 12 Digit
- Tekan Butang Semak
- Jika anda tidak dihalang daripada meninggalkan negara ini, status semakan akan terpapar sebagai “Tiada Halangan” (Tiada sekatan)

Nota: Bagi kemasukan ke Sabah dan Sarawak tertakluk kepada undang-undang kerajaan negeri
Semakan Senarai Hitam PTPTN Secara Online
Berikut merupakan cara-cara untuk menyemak stautus senarai hitam PTPTN:
- Sila layari laman berikut ptptn.gov.my
- Masukkan No Kad Pengenalan, No Telefon dan e-mel
- Tekan Butang Hantar
Nota: Sila pastikan maklumat adalah terkini bagi memudahkan penyampaian maklumat pinjaman dibuat
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, anda boleh ikuti:
Media Sosial Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melalui pautan berikut:
- Facebook: Jabatan Imigresen Malaysia : https://www.facebook.com/imigresen
- Twitter: @imigresenmy : https://twitter.com/imigresenmy
- Instagram: Imigresen https://instagram.com/imigresen
- YouTube: Imigresen TV https://youtube.com/c/imigresentv
- Telegram: Jabatan Imigresen Malaysia https://t.me/imigresen
Laman Web / Perkhidmatan Imigresen Online:
- Portal: Jabatan Imigresen Malaysia : https://www.imi.gov.my
- MyIMMs – eServices: https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/main
- MyOnline Pasport: https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport
- MyTravelPass (MTP) : https://mtp.imi.gov.my/myTravelPass/main
- [email protected]: https://imigresen-online.imi.gov.my/plks/main
- ePLSI: https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/main?logMasuk
- e-Bayaran : https://imigresen-online.imi.gov.my/myimms/main?mainEBayaran
- Sistem Maid Online (SMO): https://maid-online.imi.gov.my/maid/main
- Portal Rekalibrasi: https://imigresen-online.imi.gov.my/myimms/main
- Sistem Pertanyaan Online (SPO): http://eapp.imi.gov.my/spo
Baca juga: Cara Mudah Bayar Pinjaman PTPTN Guna Akaun Dua KWSP 2022